| 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 |

1K 47 17
                                    

               Dua tahun berlalu dengan pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Dua tahun berlalu dengan pantas. Arin dan juga Aireen juga sudah berusia genap dua tahun. Hubungan mereka sekeluarga terasa lengkap dengan hadirnya dua orang zuriat yang melengkapi rumah tangga mereka berdua.

Hannah masih dengan kerjaya modelnya sepertimana impian dia untuk menjadi model terkenal tercapai. Noah pula? Yang kini menjadi usahawan muda berjaya mengusahakan beberapa buah hotel yang telah dia bangunkan sendiri.

Walau kedua-dua mereka sibuk dengan kerja, anak-anak tetap diambil peduli. Kalau Hannah sibuk dengan kerja, Noah akan ambil alih jagakan kembar. Sama seperti Noah juga. Masing-masing memainkan peranan sebagai ibu bapa buat si kembar.

Terkedek-kedek kaki berlari kearah mummy nya sebaik sahaja melihat mummy nya sedang sibuk didapur memasak.

"Mummy , mummy!!," rengeknya seraya kaki menjengkit memanggil. Hannah ukir senyuman lalu berpaling. Tertawa kecil dia melihat Aireen yang kini berada di pagar yang khas didirikan di ruang dapur itu. Pagar yang khas dibuat agar si kembar tidak melalui kawasan dapur oleh Noah sendiri. Tidak mahu terjadi apa-apa kecelakaan.

Biasa lah, bila anak-anak dah berusia dua tahun ni lari sana lari sini, capai barang. Itu yang bahaya. Itulah sebabnya pagar itu didirikan di ruang dapur. Atas keselamatan si kembar.

Perlahan langkah diatur menghampiri Aireen yang menunggu. Terjengkit-jengkit kakinya cuba untuk melihat mummy nya.

"Iya, sayang. Kenapa ni? Hmm?,"

"Daddy tak yalik yagi ke, mummy?," pelat butir kata yang disampaikan tetapi masih dapat ditafsirkan oleh Hannah. Hannah tarik senyuman. Tiga hari tanpa suaminya, hari demi hari Arin dengan Aireen mencari kelibat suaminya. Hari-hari tanya bila daddy kesayangan nak balik. Dia pun buntu nak menjawab. Suaminya kini berada di kota Italy menguruskan salah satu hotel White Queen disana.

"Belum lagi, sayang. Daddy kerja lagi. Nanti kejap lagi kita call daddy ya?," pujuk Hannah. Aireen tayang bibir muncungnya. Mencebik. Lebih tepat lagi, merajuk gamaknya.

"Hmm.." gumamnya sebelum berlari mendapatkan si adik yang berada di ruang tamu sedang bermain.

Hannah geleng kepala. Tengok sendiri Aireen itu seperti melihat dirinya sendiri. Kuat merajuk, bibir tu memuncung je kalau sedih. Sebijik ikut perangai dia! Lain pula dengan Arin. Ikut perangai suaminya. Behave, tak banyak karenah. Dan lagi penting, apa-apa pun jadi, dialah yang akan mengalah kalau dengan kakaknya, Aireen.

"Aireen! Kenapa nakal sangat ni? Tu makanan awak dah habis kan? Kenapa makan Arin punya?," omel Hannah dengan kerutan didahinya. Geleng kepala dia melihat karenah Aireen ini. Dia punya dah habis makan, boleh pula curi makan makanan si adik pula.

Aireen seakan tidak mengendahkan sahaja bahkan meneruskan lagi tindak tanduknya. Dengan muka tidak bersalahnya, buah strawberi yang berada di pinggan milik Arin disambarnya lalu disuakannya kedalam mulutnya.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now