| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 32 |🥀: Cemburu?

1.8K 88 0
                                    

               Evelyn menyandarkan tubuhnya sambil bersilang tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Evelyn menyandarkan tubuhnya sambil bersilang tangan. Retina matanya tidak lepas memerhati tindak tanduk Hannah yang sedang memilih pakaian. Nak lenguh kakinya berdiri menunggu Hannah menyediakan pakaian untuk ke New York tengahari nanti.

               "Reina, tak cukup lagi ke baju yang ada dalam lunggage you? I tengok dah penuh dah lunggage you. Flight kita lagi 2 jam tapi you pun belum mandi lagi. You tak tahu yang you mandi lama you tahu tak?," bebel Evelyn. Sudah lali dengan sikap Hannah yang melakukan semua benda dalam last minute. Walhal hanya baru beberapa hari dia kenal Hannah tapi tengok dah macam kawan yang dah lama kenal.

              "Saya tak cakap pun yang saya nak bawak satu lunggage," jawab Hannah dengan selambanya. Satu per satu pakaian yang berada didalam wardrobe ditiliknya tanpa mempedulikan Evelyn yang sudah menunggu hampir masuk 1 jam.

              "Seriously, Reina? Satu lunggage pun dah penuh dengan baju-baju you. Berapa banyak lagi baju you nak bawak?,"

             "Awak kena faham Evelyn. Sekarang musim sejuk, mestilah banyak baju kena bawak,"

             "I faham sekarang musim sejuk tapi... I tengok you macam nak pindah sana je. Tengok lah tu, baju-baju tu pun you nak bawak sekali ke?," baju-baju yang berlonggok diatas katil dipandang sekilas. Bukan main banyak baju yang berlonggok diatas katil. Masih tak cukup baju lagi ke nak bawak? Pusing kepalanya bila tengok Hannah memilih pakaian.

             "Eh tak, saya saje keluarkan baju letak dekat situ,"

Evelyn menggelengkan kepalanya.

             "Then kalau tak nak bawak baju-baju tu kenapa keluarkan? I tak faham lah dengan you ni, Reina. You boleh je pilih dekat sini. Kenapa letak baju dekat situ? I thought baju-baju dekat situ you nak bawak sekali," omel Evelyn. Punya lah fikirnya Hannah mahu membawa baju-baju yang berada diatas katil itu masuk ke dalam beg bagasi tetapi jangkaannya jauh meleset.

Hannah jeda seketika sebelum bersuara. Nafas dihela perlahan lalu menoleh memandang wajah Evelyn dengan riak wajah yang sedikit tidak puas hati dek kerana tindak tanduknya diperhatikan. Malah dipertikaikan.

               "Evelyn," nama Evelyn diseru membuatkan wanita itu mengangkat alis matanya. Penasaran akan apa yang bakal diucapkan oleh Hannah.

               "Daripada awak berdiri dekat sini membebel-bebel macam makcik-makcik , better awak pergi mandi dulu. Nanti awak lambat, saya pulak yang awak salahkan," Hannah menayangkan senyuman yang dibuat-buat.

               "Macam makcik-makcik you panggil I? 'Makcik-makcik'?," kata-kata itu diulang sementara jari telunjuknya naik menuding dirinya sendiri. Tidak percaya akan dirinya digelarkan seperti makcik-makcik. Apakah.. Kau boleh bayangkan tak? Umur kau baru sahaja mencecah 26 tahun lepastu digelarkan makcik oleh seseorang yang baru sahaja kenali.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now