| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 71 |🥀: Paris

778 45 8
                                    

                Kereta mewah Porche Macan dipandu memasuki halaman Villa mewah yang gah terbina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta mewah Porche Macan dipandu memasuki halaman Villa mewah yang gah terbina. Akhirnya, dia menjejakkan kaki lagi ke sini setelah sekian lama tidak pulang berjumpa keluarga sebelah suaminya.

Kereta-kereta mewah yang diparkir di garaj kereta dilihatnya. Tengok dari jumlah kereta, sudah pasti ibu mertuanya sudah pulang ke kota paris ini. Memandangkan keluarga Noah menguruskan bermacam-macam jenis bisnes, sememangnya sibuk dengan lawatan bisnes ke negara luar.

Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja kereta diparkir ke dalam garaj. Seat-belt dibuka lalu dia mengerling sebelah memandang isterinya yang masih mendiamkan diri.

"Jom? Mama dah rindu sangat nak jumpa sayang," ajak Noah. Lambat-lambat Hannah buka seat-belt miliknya. Noah sekadar tertawa kecil melihat riak muka isterinya itu.

"Takut apa, sayang? Mama takkan marahkan sayang punya lah. Dia lagi happy dapat jumpa sayang lagi lah. Trust me," jelas Noah. Entah dia pelik dengan sikap isterinya yang takut-takut dengan mamanya. Nak takut apa pun tak tahu lah.

                "Takut lah. Dah lama tak balik jumpa mama papa. Mesti diorang marah kita," wajah suaminya dipandang dengan dahi yang berkerut. Takut tahu? Kalau mama marah dia macam mana?

                "Tak ada lah. Jom?," ajak Noah tanpa ragu. Pintu kereta dikuaknya sebelum dia turun keluar dari perut kereta. Langkahnya dibawa ke bonet kereta untuk mengeluarkan luggage miliknya dan juga Hannah.

Hannah keluar dari perut kereta. Langkahnya laju mendapatkan Noah yang sedang menarik luggage. Lengan suaminya dirangkul erat.

Dari jauh kelihatan, dia dapat melihat Elisya yang sudah menunggu mereka di muka pintu utama dengan satu senyuman lebar. Dan sudah pasti, ada maksud disebalik senyuman itu.

                "Mama!! Kak Hannah dengan abang dah balik!!!," teriaknya sengaja. Tak semena-mena Hannah bersembunyi dibelakang tubuh Noah.

Tablet ditangan dilepaskan secara serta-merta. Mrs. Rose bangkit bangun lalu melangkah ke pintu utama dimana anak daranya berada.

Secara tidak langsung, dia mengukir senyumannya sebaik sahaja melihat anak sulungnya bersama anak menantunya,

                "Ya Allah! Rindunya dekat menantu mama sorang ni...." laju Mrs Rose menerpa ke arah Hannah lalu mendakap tubuh Hannah dengan erat.

Noah disebelahnya sudah tersenyum. Perlahan, dia membalas pelukan ibu mertuanya.

"Hannah pun rindu dengan mama jugak. Lama sangat tak balik sini. Mama macam mana? Sihat?," tanya Hannah seraya pelukan dileraikan. Tangan ibu mertua disalam hormat. Mrs Rose senyum lagi padanya seraya mengangguk.

"Alhamdulillah sihat. Semua sihat, papa pun. Hannah pulak macam mana? Dah okay? Ada sakit-sakit lagi tak? Nanti lepas ni jangan over-work sangat, boleh memudaratkan kesihatan,"

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now