Mata dicelikkan perlahan-lahan. Sinaran cahaya dari jendela sedikit sebanyak membuatkan dia mengerutkan dahi. Kepalanya masih terasa sakit. Matanya masih terasa berat. Sembap.
Kelihatan sosok figura manusia yang sedang memperbetulkan jendela langsir. Jejaka itu menoleh belakang. Dia mengukir senyuman serba salahnya.
"Sorry I buat you terjaga," langkah diatur menghampiri Reina yang masih mamai.
Setelah melihat dengan jelas figura K menghampiri, Hannah bangkit bangun dari pembaringan. Matanya naik memandang atas manakala dahinya pula berkerut dek kerana dahi yang terasa berat.
"You demam semalam, I letakkan cool fever dekat dahi you nak bagi demam you kebah,"
"Oh, terima kasih.." ujar Hannah kekok. Kekok yang terasa kekok dengan keadaan sekarang.
Plastik yang berisi makanan dilirik oleh Hannah secara tidak sengaja. Mata cuma memerhatikan beg plastik makanan tersebut. Perutnya masih tidak terasa lapar lagi.
"Dari semalam I perasan you tak makan lagi. Tu, ada mee goreng. Makan lah alas perut you nanti gastrik," pesan K prihatin.
"Saya tak lapar..."
"But at least, alas perut you. Jangan biarkan kosong nanti masuk angin. Kitorang semua risau kalau you sakit,"
"Nanti lah saya makan. Saya tak lapar lagi..,"
"Okay. Yang tu pulak beg you. Segala apa yang you perlukan ada dalam tu," K melirik ke arah sebuah bag galas milik Reina. Hannah angguk mengerti sebelum reaksinya mula kaget sebaik sahaja dia mula menghadam bait kata K sebentar tadi.
"Jap! Awak masuk villa, selongkar baju saya ke?!," suaranya naik senada dek kerana tidak dapat mengawal emosi nya. Hati sudah menyumpah seranah mengatakan jejaka itu miang berkali-kali.
"Eh, bukan! Bukan! Bukan I yang bawak barang you semua tu," K menggeleng laju menidakkan. Tangannya ikut sama lambai tanda menidakkan.
Dahi K mula berkeringat. Nak kata memang bukan dia mesti Reina tak percaya. Sebab apa? Sebab mesti tak percaya punya lah!
"Habistu siapa kalau bukan awak?," alis mata Hannah terangkat. Nak marah tu ada tapi cuba bersabar.
Seketika, matanya mencerlung ke arah Evelyn yang berada di muka pintu dengan dahi yang berkerut.
"Oh, Thank God! She's here!," ucapnya perlahan. Syukur dengan kehadiran Evelyn yang tepat pada masanya.
"Tuuu...." bibirnya menjuih ke arah Evelyn yang berada di depan muka pintu. Penyelamat sudah datang. Nasib baik dia tak perlu cari alasan yang munasabah memandangkan memang bukan tugas dia lah nak selongkar barang Reina. Lagi-lagi pakaian wanita. Dia nak jejak masuk villa tu pun tak berani apa tah lagi nak bawa keluar barang-barang keperluan Reina.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...