| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 67 |🥀: Teman work💫

853 55 20
                                    

               Raut wajah bersih isterinya ditatap dengan perasaan ingin tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raut wajah bersih isterinya ditatap dengan perasaan ingin tahu. Hairan sungguh, isterinya bersungguh-sungguh mengatakan yang dia ingin ikut serta bersamanya ke perusahaan hotel yang diusahakan olehnya. Katanya nak teman dia work untuk harini. Sangat tiba-tiba.

"Are you serious, sayang? Nak ikut yayang work?," soalnya. Dengan alis mata yang terangkat. Agak ragu dengan permintaan isterinya yang satu itu.

"Mhmm!," gumamnya perlahan seraya mengangguk tanpa sedikitpun teragak-agak dengan keputusannya untuk menemani suaminya kerja hari ini.

"Tapi kan malam tadi kan sayang balik lewat kan? Sayang tak penat ke nak teman yayang hari ni? Yayang risau nanti sayang bosan nanti ikut yayang pergi work," kedua-dua lengan isterinya diusap perlahan. Sejujurnya dia mahu Hannah untuk merehatkan diri memandangkan malam tadi isterinya pulang lewat bersama dengannya. Pulang sahaja terus bersihkan diri dan habiskan masa mereka dengan makan malam sebelum tidur.

"Tak, yayang. Tak bosan. Sayang nak ikut yayang work hari ni boleh la pleaseee..." Hannah tayang muka sedihnya. Nak dapatkan perhatian Noah tika ini untuk benarkannya menemani Noah bekerja.

"Sure ni? Sayang betul nak ikut?," tanya Noah untuk sekali lagi.

"Mhmm!," angguk Hannah tanpa ragu.

"Kalau macam tu sayang pergi mandi dulu,okay? Sementara tunggu sayang siap yayang buatkan breakfast dulu. Isi perut kosong nanti masuk angin pula sayang," tangannya naik mengelus rambut isterinya lembut.

               "YEAY!!," teriaknya teruja. Senyuman lebar diberikan buat Noah. Suka lah dia, Noah beri kata putus untuknya ikut menemani Noah kerja untuk hari ini.

               "Dah pergi shower. Yayang tunggu sayang dekat floor kitchen, okay dear?," ujarnya. Hannah angguk mengiyakan.

               "Yayang tunggu sayang tau. Sayang pergi shower dulu siap-siap," tangan suaminya diraih lalu jari jemari suaminya diramas perlahan.

               "Mm.. yayang tunggu sayang. Nanti turun floor kitchen kita breakfast sama," Noah angguk bersama senyuman meniti dibibirnya. Bahagia harinya tatkala melayan teletah manja isterinya ini.

__________

                Lagu yang sedang dimainkan melalui airplay ditukar untuk kesekian kali. Telefon ditangan lincah mencari lagu yang sesuai untuk dimainkan tika ini. Asyik lagu yang sama sahaja dimainkan bosan juga.

               "Sayang kena get ready tau. Nanti mesti orang pandang sayang pelik," Noah bersuara, menghilangkan suasana yang hening sebentar tadi. Hannah toleh kepala dengan alis mata yang terangkat. Hairan barangkali.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now