Kira-kira hampir lima belas jam masa diambil untuk mereka tiba di tanah air Malaysia. Hannah senyum gembira, tidak digambarkan perasaan gembiranya tika ini. Kembali ke tanah air setelah seminggu dia di kota New York berkarya semula sebagai model.
Senyumannya hanya bertahan untuk beberapa saat sebelum dia kembali ke dunia nyata. Tanpa aba-aba, tangannya dipimpin oleh Noah erat seperti tidak mahu melepaskan.
Dan dia tidak menjangkakan hal ini!
Sebaik sahaja pintu gerbang dibuka, berpusu-pusu wartawan dan juga paparazi mengerumi mereka berdua.
Mata terasa sakit dek kerana menerima pantulan cahaya daripada berbagai-bagai flash kamera digital yang mengambil foto mereka berdua.
Baru sekarang dia faham kenapa Noah tidak mahu melewati pintu gerbang yang satu ini. Jadi inilah puncanya. Kalau dia tahu pada mulanya jadi begini sudah pasti dia ikut perancangan Noah untuk melewati laluan pintu gerbang yang agak tersembunyi dari kerumunan manusia-manusia.
Selang beberapa minit, sekumpulan jejaka berjas hitam menghampiri mereka berdua. Tidak perlu jelaskan siapa lagi kalau bukan orang kanan suaminya.
Sah! Nanti kecoh balik media sosial. Sebab apa? Jejaka-jejaka kacak idaman para gadis Malaysia dah mari.
Populariti suaminya juga masih belum reda. Sampai ke hari ini media berkaitan mereka berdua belum tenggelam. Bermacam-macam spekulasi yang diterima oleh isterinya diatas perkahwinan yang dibina mereka berdua.
“Tiga bulan menghilang diri hiatus dari dunia permodelan dan kini muncul semula sebagai isteri kepada usahawan muda. Jadi selama ni you rahsiakan perkahwinan sebab malu? Sebab terlanjur?,” sap! Komen pedas daripada salah seorang wartawan membuatkan wajah Noah merona merah. Berang akan pernyataan yang dikemukakan oleh wartawan itu.
“Please give my wife space. My wife can't sleep cause all of the comments she gets on her dm's. ALL BECAUSE OF THIS F'KING RIDICULOUS STATEMENT! She's my wife. Tolong jaga hati isteri saya,”
Amarah yang meluap-luap cuba ditahan sebaik yang mungkin. Siapa sahaja tak berang kalau isteri sendiri diperkatakan sebegitu.
Tangan Hannah dipegang erat olehnya. Hannah panggung kepala melihat Noah. Terkebil-kebil dia melihat reaksi Noah yang belum pernah dia lihat untuk beberapa tika ini.
Jadi inilah puncanya Noah tidak benarkannya menggunakan mana-mana media sosial beberapa jam yang lalu. Untuk protect dia dari tahu semua komen negatif mengenainya yang ada di pelbagai platform media sosial.
“You guy's should stop create statement like this. I had my lawyer, and saya boleh kenakan tindakan undang-undang sebab siber buli dan juga saman fitnah atas komen-komen yang korang semua berikan pada isteri saya. ESPECIALLY YOU! Bila-bila masa saja saya boleh buat you hilang your job,” butir katanya ditekankan.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...