| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 44 |🥀: Punca

1.3K 81 13
                                    

                Nafasnya naik turun tercungap-cungap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Nafasnya naik turun tercungap-cungap. Keringat yang merenek didahi dikesatnya menggunakan lengannya. Tiga butang atas kolar baju kemejanya dibukanya, mendedahkan sedikit bidangnya.

                “Tak jumpa jugak?,” soalnya. Ben geleng tanda tidak. 

                “Aku dah cari semua tempat tak ada jugak,” sela Hans pula. Usah kata, jejaka itu sudahpun bermandikan peluh. Ini kalau angkat ketiak sikit pun boleh jelas nampak ketiak berlecak.  

                “K? Ada nampak dia jugak tak?,” masing-masing memberikan jawapan yang sama. Tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepala.

Mana tidaknya, sebaik sahaja berita mengenai kehilangan Reina terus jejaka itu menghilangkan diri.

Nak call pun tak boleh jugak. Reina pula tidak bawa telefon bersamanya sememangnya sukar untuk mereka jejak kemana Reina pergi.

                “Korang jumpa Reina?,” tegur Evelyn seraya menghampiri Ben dan Jay. Evelyn pula, kelihatan kusut sekarang ini. Sudah pasti lah dia bimbang akan keselamatan Reina. Telefon tak bawa, beritahu pun tidak mahu kemana.

                “Tak. You?,”

                “I dah cari dekat semua tempat. K pun I tak jumpa,”  terang Evelyn.

Bunyi yang terhasil tidak jauh dari mereka berjaya membuatkan mereka menoleh. Kelihatan Lee yang sedang serius menatap skrin komputer ribanya. Jarinya pula lincah menekan papan kekunci. Riak mukanya serius sahaja tetapi santai tidak seperti mereka yang bimbang dengan kehilangan Reina kini.

                “Dia buat apa? Semua orang risau Reina hilang, dia boleh lagi dengan laptop dia..” tutur Jay. Agak hairan dengan tindakan Lee yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

                “I tahu. Mesti dia tahu something sebab tu dia tak gelabah Reina hilang,” kali ini Evelyn bersuara. Matanya melirik ke arah Lee yang sedang sibuk dengan komputer ribanya.

Paparan skrin ditatapnya penuh serius. Setiap pergerakan yang terpapar di skrin dilihatnya dengan teliti. Bahkan tidak langsung menghiraukan yang dia sedang diperhatikan.

Setapak demi setapak langkahnya maju, perasaan ingin tahunya makin menjadi-jadi.

                “Apa yang dia buat kat sana?,” soal Evelyn. Bebola matanya dibuka seluas-luasnya, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tak semena-mena Lee menayangkan riak kagetnya. Terkejut dengan kehadiran Evelyn yang begitu dekat dengannya.

Tubuhnya mengeras. Sedikit pun dia tidak bergerak dek kerana merasakan Evelyn yang begitu dekat dengannya.

                “Dia buat apa? Kat mana apa?,” Jay kerut dahi. Tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Evelyn sebentar tadi.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now