Rambut lebatnya yang tadinya dibiarkan lepas diikat mayang. Dia melihat wajahnya yang terpantul dari cermin meja make-up miliknya. Tiada lagi muka pucat yang sebelum ini dia lihat sebaik sahaja dia lihat cermin.
Mungkin berkat suaminya pulang mungkin? Terus bersemangat diri ni.
Pintu diketuk sekali dua sebelum daun pintu ditolak perlahan.
“Sayang dah siap?,” soalnya seraya matanya melihat figura isterinya yang berada dihadapan meja solek.
“Dah!,” anting-anting berbentuk permata kecil diraihnya lalu dipadankan pada telinganya. Tidak mengambil masa yang lama sahaja dia sudah siap mengenakan kedua-dua nya.
“Jom? Kita breakfast dulu? Lepastu Bie hantarkan sayang,” ujar Noah. Mengajak Hannah untuk bersarapan bersama dengannya. Mengisi perut yang kosong.
“Eh tak apa lah, sayang drive kereta. Ayang kan ada work,” dia bangkit bangun dari kerusi meja soleknya. Sempat beg tangannya yang berada diatas meja soleknya itu disambarnya sebelum mengatur langkah kearah Noah yang berada dihadapan muka pintu bilik mereka.
“Eh tak apa lah, Bie hantarkan. Lagipun harini Bie off-day. Alang-alang tu boleh teman sayang,”
“Hmm, okay jugak tu. Boleh cuci-cuci mata sikit,” Hannah tayang sengihan. Serta merta riak muka Noah bertukar. Tiada lagi senyuman menghiasi wajahnya.
Belum sempat dia mahu meraih lengan suaminya, Noah sudahpun beredar pergi meninggalkan diri bersendiri.
Lah, dah kenapa? Dia salah cakap ke tadi? Rasanya tak pun.
“Ayang..ayang okay tak ni? Tak cakap apa-apa pun,” tanya Hannah. Sedar yang dari tadi lagi Noah menguis-nguis nasi goreng tanpa sedikit pun menjamahnya.
Ada lah tu menganggu fikiran suaminya. Tidak lain tidak bukan mesti sebab tadi. Mesti suaminya salah faham akan kata-kata itu.
“Ayang?,” panggilnya lagi. Perasan akan Noah masih dalam dunianya sendiri.
Noah langsung tidak memberikan sebarang respon. Pinggan yang berisi nasi goreng itu dikuis menggunakan sudu ditangan.
Sudu garfu diletakkan diatas pinggan sebelum dia bangkit bangun menghampiri Noah.
Leher suaminya dirangkul mesra dari belakang. Nak pujuk suaminya sorang ni. Merajuk pun complicated. Haiyyo.
Sesi membodek bermula!
Dagunya mendarat pada bahu suaminya. Reaksi wajah Noah masih sama, tiada perubahan. Masih menguis-nguis nasi goreng.
Pelukan semakin erat. Perlahan-lahan leher Noah dikucup untuk beberapa detik.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romantizm𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...