| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 57 |🥀: Honeymoon 💫

1.2K 68 0
                                    

               Bibirnya tidak lekang dengan senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Retina matanya tidak berkedip memerhatikan tingkah lincah suaminya yang sedang bermain bola tampar bersama yang lain.  

Tubuh suaminya yang tidak berbaju itu dipandang penuh minat. Tidak mengendahkan langsung akan jejaka-jejaka yang lain yang juga turut tidak berbaju.  

Syok dengan suami sendiri tidak mengapa kan? Cuci mata sikit apa salahnya. Hiks!

               “Menang dapat apa?,” tanya William penasaran. Ya lah, sudah kira-kira dua puluh minit sejak permainan bermula tidak mungkin tiada ganjaran.

               “Apa-apa je yang korang nak,” jawab Noah tanpa ragu. Bola dihantar kepada K, ahli kumpulannya sendiri.

               “Apa-apa je?!,” masing-masing jawab dengan serentak. Terkejut barangkali akan butir kata yang meluncur keluar dari mulut King sendiri.

Memang diluar jangkaan. Tak pernah-pernah lagi King ingin memberikan ganjaran istimewa buat mereka.

               “Ye, apa-apa je,”

               “Cuba lah menang kalau boleh,” cabar Noah bersama alis mata yang terangkat.

Hans dan William memberikan isyarat pandangan. Masing-masing senyum senget sebelum angguk menyahut cabaran King itu.

               “Yam!,” teriak Hans, memberi isyarat pada adiknya untuk menghantar bola kepadanya.

William tidak mengendahkan isyarat tangan dari abangnya sebaliknya cuba menampar bola pada pihak musuh.

Malangnya, bola tadi sempat ditangkap oleh Noah sebelum menghantar semula kepada Lee. Lee tidak menunggu lama, bola tadi dihantar semula kepada rakan baiknya, K.

K senyum senget kemudian bola ditampar ke gelanggang musuh sebaik sahaja melihat peluang keemasan yang ada didepan mata.

                “YEAH!,”  sorak K, Lee serentak sejurus sahaja bola berjaya menyentuh gelanggang musuh.

William berdiri tidak bergerak. Kecewa dengan kemenangan berpihak pada pihak sebelah.

Hans mendengus geram.

               “Aku dah panggil kau kan tadi bagi bola kat aku!,” amuk Hans.

               “Diam lah!,” William mendengus geram. Berang akan sikap abangnya yang suka mendesak.

               “Bak sini bola kat aku!,” arah Ben. Hans yang sedang peroleh bola menghantar bola dengan kasar. Geram.

               “Tak ada team work macam mana nak menang?,” seloroh K dengan nada yang kuat, sengaja mahu pihak lawan mendengar ejekannya.

               “Tu lah,” sambung Lee, setuju. Noah hanya mengulum satu senyuman. Turut bersetuju akan kata-kata anak buahnya yang sorang ini.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now