| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 39 |🥀: Malaysia

2K 65 11
                                    

               Pakaian wanita dibeleknya dengan menayangkan memek muka yang dibuat-buat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian wanita dibeleknya dengan menayangkan memek muka yang dibuat-buat. Jelas menunjukkan dia masih tidak boleh terima kata putus arahan yang diberikan oleh King untuk mereka dua menyamar sebagai perempuan.

"PLITT! Aku still tak boleh terima siak! Dalam banyak-banyak arahan yang kita terima kenapa mesti benda ni jugak kita kena buat?," rungut Hans.

"Jangan cakap kau je, aku pun tak nak siak!," William pula bersuara. Hanya mereka dua sahaja yang berada di ruang tamu manakala King pula berada didalam bilik. Entah buat apa, mereka dua pun tak tahu. Sekarang ni fikirkan cara untuk mereka jayakan misi yang satu ini.

"Benda ni siak? Gila ke? Takkan lah aku nak kena pakai dress yang kecik ni? Tak muat siot!," omel Hans bersama kerutan di dahi.

William garu kepala. Kalau diberi pilihan pun sememangnya dia tak nak buat semua ni. Tapi nak buat macam mana? Ini arahan dan mereka sebagai orang bawahan terpaksa akur.

"Cuba kau fikir? Reina kan model, tak ke pelik kalau kita pakai dress macam ni dengan bentuk badan kita yang macam ni? Memang lagi tarik perhatian paparazi adalah!," ujar William. Ada betulnya jugak apa yang dia cakapkan pun.

Reina model. Kalau pakai tertutup pun akan tarik perhatian wartawan dan juga paparazi. Kalau pakai dress pun sama juga. Tiada yang berbeza. Yang berbeza nya sekarang ini jantina mereka berdua. Nak menggayakan dress dengan bentuk badan diorang yang sasa ni agak sukar.

Apa pilihan yang boleh mereka pilih sekarang ini? Keduanya tidak memberi penyelesaian yang bagus pada mereka dua sebaliknya menjatuhkan maruah mereka dua sebagai lelaki. Jatuh saham betul!

"Betul jugak tapi memang tugas kita pun kan nak kena tarik perhatian paparazi?," sambung Hans.

"Tapi kalau pakai dress lagi nampak obious lah kita menyamar," ujar Hans ragu-ragu. Nampaknya masih ragu-ragu dengan keputusan mereka untuk menampilkan pakaian yang mana satu.

Seketika, masing-masing sibuk memilih pakaian yang sesuai. Tak semena-mena Hans mengeluh kasar.

"Tck.Evelyn mana doh. Sepatutnya dia kena ada dekat sini," decitnya tidak dapat menahan kesabaran lagi.

"Apa yang duk panggil-panggil I ni? Memang tak de kerja ek?," sapa Evelyn di muka pintu.

Serentak, Hans dan William terarah pada satu suara yang dikenalinya itu. Tidak lama, kedua-dua nya mempamerkan senyuman lega pabila figura yang dicari-cari berada didepan mata.

Evelyn melepaskan kasut but miliknya. Langkah diatur ke ruang tamu menghampiri sepasang kembar itu.

"Yang you guys senyum ni ape hal? Dah kena rasuk ke apa tiba-tiba je ni senyum nampak I nih?," tegur Evelyn hairan. Pelik lah dua orang ni mana pernah nak senyum bila nampak dia. Ni tiba-tiba ni mesti ada sesuatu.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now