Dia berdiri dihadapan almari pakaian. Serius wajahnya tatkala melirik satu per satu pakaian yang tergantung didalam almari itu. Tidak dihiraukan langsung, tubuhnya yang masih basah. Menitik-nitik air dari tubuhnya jatuh ke lantai jubin itu.
Tubuhnya yang kini hanya bertuala paras pinggang. Dibiarkan sahaja angin sejuk yang menyapa tubuhnya yang terdedah itu. Dia masih tidak berganjak. Anak mata hijau-kebiruan nya menilik satu per satu pakaian yang berada di almari pakaian miliknya.
Satu baju t-shirt hitam dengan corak kosong disambarnya. Kemudian dia cuba padankan dengan tubuhnya. Sekejap dia menggelengkan kepalanya kemudian baju itu diletakkan semula ke tempat asalnya.
Hari ini, dia tak rasa nak pakai baju tu. Jadi dia cari baju lain pula.
Seketika, matanya terhenti pada sehelai t-shirt lengan panjang berwarna hitam dengan lambang Brand Balenciaga yang tertera di muka baju itu disambarnya.
Yes, akhirnya dia berpuas hati. Tanpa ragu-ragu dia menyarungkan baju itu ke tubuhnya. Punya lah dia serius sangat bab memilih baju sedangkan baju dalam wardrobe dia kesemuanya baju-baju yang serba hitam semuanya. Termasuk juga turtleneck, jaket kulit, baju t-shirt, semuanya lah!
“Abang!!,” dalam pada dia sedang memilih seluar untuk dipakai pula, adiknya sudah menempuh masuk bilik wardrobe miliknya, menyeru pula menggelarkan dia dengan ‘abang’.
“Fuck! What are you doing here?!,” berang Noah geram. Suka suki adiknya saja masuk bilik wardrobe dia. Tanpa mengetuk dulu sebelum masuk. Tegur lah dulu pun dari luar muka pintu kalau nak masuk pun. Ini tidak. Dan pula dia tak berseluar sekarang ini. Mujur tuala mandi masih tersarung pada pinggang dia. Kalau tidak? Free show gamaknya.
“Sorry sorry. Tak tahu pulak abang baru lepas mandi,” Elisya terus berpaling dari melihat abangnya yang hanya bertuala paras pinggang. Tubuhnya menghadap muka pintu sekarang ini.
“¿Puedes salir primero? Dame mi tiempo para vestirme tranquilamente,” (Boleh tak kamu keluar dahulu? Beri saya memakai pakaian dengan aman) tutur Noah dengan nada mendatar. Merasakan adiknya mengganggu dia mahu memakai pakaian sekarang ini. Tidak selesa. Lagi pula adik dia tu perempuan dan dia pula lelaki.
Tak ada rasa malu ke?
Elisya lekas keluar dari bilik wardrobe abangnya. Sedar akan dia sudah melampaui batas. Dia mengorak langkah ke bilik kerja abangnya. Dia tahu, berkemungkinan besar yang abangnya akan masuk bilik itu selepas memakai pakaian. Jadi, dia mahu memasang niat mahu menganggu kerja abang dia.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...