| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 13 |🥀 : Stomachache

5.3K 213 10
                                    

                    Hannah bernyanyi kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Hannah bernyanyi kecil. Kucing parsi miliknya dibawa ke ribanya. Sesekali bulu kucing itu digelus nya lembut. Noah entah kemana, dia sendiri tak tahu. Selesai sahaja membersihkan diri, terus menghilang.   

               “Mikaaa...” panggil nya. Dia menunduk mengucup kucing itu manja. Bukan main manja lagi kucingnya itu pabila digomol-gomol dengan tuannya. Hannah tertawa kecil.  

Noah memerhati isterinya itu lama. Wajahnya kemain lagi dimasamkan. Cemburu pabila melihat Hannah bermanja dengan kucing. Tak dia tak cemburu cuma dia cemburu sebenarnya. Sedaya upaya dia menidakkan hal itu. Hannah mengangkat wajahnya. Noah yang sedang memerhati kan dia langsung dia tidak endah. Dia memberikan sepenuh perhatiannya kepada kucingnya.

Noah tidak menahan sabar lagi. Kaki diatur naik ke gazebo tempat dimana Hannah berada.

               “Sayang,” panggilnya setelah menapak ke isterinya. Hannah masih lagi kekal sama. Tidak dipedulikan suaminya yang memanggil dia.

               “Hmmm... ” gumam nya malas-malasan. Tumpuannya masih lagi ke kucing parsi yang berada di ribanya.

               “Sayang...” panggil nya lagi. Wajahnya bukan main lagi masam. Geram pabila Hannah tidak melayan dia.

              “Yeaa.. Bie nak apa?,” katanya. Sempat matanya memandang sepasang kaki yang masih lagi berdiri disisinya. Dia tahu itu Noah tapi dia malas nak melayan jejaka itu sekarang.

              “Jangan main dengan dia,” Hannah mengangkat wajahnya. Dia mendongak memandang Noah.

               “Kenapa saya tak boleh pulak main dengan dia?,” kening dikerut. Takkan dengan kucing pun suami dia ni nak jealous kut.

               “Sebab dekat bulu dia tu ada banyak kuman. Nanti sakit,” jawab Noah. Hannah merasakan jawapan Noah baginya tidak munasabah. Selalu dia gomol Mika tak de pulak dia sakit. Kenapa nak arah-arah kan orang.

Kata-kata nya tidak diambil peduli oleh Hannah. Bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Noah beredar meninggalkan Hannah. Dia bukan cemburu sebenar nya, dia cuma tak suka kalau Hannah gomol-gomol kucing seperti yang dilihatnya. Banyak kuman yang ada kita tak nampak. Hannah hanya menghantar pemergian Noah melalui mata. Dia hanya menjungkit bahu memikirkan kata-kata yang disampaikan Noah tadi.

               “Patutlah keruh semacam muka abang Noah Lisya tengok. Rupanya main dengan kucing,” Elisya bersuara. Dia mengambil tempat, duduk sedikit berjauhan dengan Hannah. Tubuh dikalih biar menghadap Hannah yang tidak jauh darinya.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now