| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 53 |🥀: Rahsia lagi

1.1K 90 0
                                    

               Wajah Noah yang sedang tidur pulas itu ditatap lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Wajah Noah yang sedang tidur pulas itu ditatap lama. Fikirannya terganggu. Dia tidak dapat tidur memikirkan satu perkara yang berlegar-legar di kotak fikirannya.  

Dia rasa, sudah terang lagi bersuluh dia jelaskan mengenai hal itu tetapi riak muka Noah seakan-akan tidak mempedulikan langsung butir katanya itu. Bahkan mengelak untuk sekali lagi.

               “Sayang? Kenapa tak tidur lagi ni?,” tanya Noah dengan muka yang baru bangun dari tidur. Berkerut dahi, cuba membuka kelopak mata.

               “Sayang mimpi buruk lagi?,” soalnya prihatin. Hannah sekadar mengiyakan sahaja.

Noah depa kan tangan, memberi isyarat buat Hannah. Hannah tidak menunggu lama lagi, tubuh Noah didakapnya erat.

Sudah faham mungkin, itu sahaja cara untuk dia dapat tidur dengan lena tanpa gangguan-gangguan mimpi tidur yang selama ini dia hadapi setiap kali tidur.

               “Sayang kalau tak boleh tidur, kejutkan Bie terus okay?,” kepala ditunduk sendiri cuba menatap wajah isterinya.

               “Faham?,” hidung mancung isterinya dicuit lembut. Hannah angguk mengiyakan.

               “Okay, good. Here's good night kisses for you,” pipi Hannah dikucupnya. Seterusnya dahi, kemudiannya turun ke bibir mungil milik Hannah.

Wajah Hannah disembamkan pada bidang Noah sebaik sahaja retina mata mereka berdua bertembung. Terasa darah menyerbu ke seluruh wajahnya.

Blushing.

               “Sayang...” panggilnya. Hannah sekadar menggumam perlahan. Dalam pada yang sama ingin Noah meneruskan butir kata.

               “Bie tahu ini belum cukup untuk buktikan pada sayang yang Bie bukanlah apa yang sayang sangka kan tu. Tapi, Bie harap sayang tak fikir macam tu. I love you, sayang. Bie tak pernah ada perasaan langsung dekat kaum sejenis. Sikit pun tak ada. Maybe...maybe suatu hari nanti sayang akan tahu sebab kenapa Bie buat semua ni,” mata redup suaminya ditatap. Disebalik mata redup itu, dia percaya ada sesuatu yang suaminya sorokkan daripadanya.

               “Ayang...”

               “Ada lagi ke sesuatu yang ayang cuba sorokkan dari sayang? Kita dah janji kan untuk transparens? No more secret between us. Ayang lupa?,” ya, dia tidak lupa lagi akan janji antara dia dan juga Noah.

Mereka berdua juga sudah sepakat untuk berjanji bahawa tiada lagi rahsia antara mereka berdua.

Ini bermaksud Noah tidak menepati janjinya.

               “One day sayang akan tahu,” ujar Noah. Dia sendiri tak dapat nak beritahu sendiri sebabnya sendiri.

Dia takut, Hannah sedih. Dia tak mahu lagi lihat airmata isterinya jatuh angkara dia. Cukuplah lima bulan tempoh derita isterinya menunggu dia sedar dari tidak sedarkan diri.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now