| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 54 |🥀: Bali

1.1K 67 2
                                    

              Lengan kekar suaminya dialihkan dengan penuh berhati-hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Lengan kekar suaminya dialihkan dengan penuh berhati-hati. Sangat berjaga-jaga jikalau perbuatannya membuatkan tidur lena suaminya terganggu.    

Perlahan-lahan, dia bangkit bangun mengatur langkah menghampiri sebuah meja belajar miliknya. Satu laci kecil yang berada bersebelahan meja belajar itu ditarik perlahan-lahan. Sempat dia berpaling beberapa kali untuk memastikan perbuatan dia tidak meninggalkan sebarang bunyi bising. 

Jurnal yang berwarna hitam diraihnya penuh berhati-hati. Ya, apa lagi kalau bukan jurnal yang baru sahaja dia lihat tengahari tadi. Dia bukan nak apa tapi hati rasa meronta-ronta ingin tahu isi yang terkandung di dalam jurnal milik Noah.

Rasa ingin tahu semakin menjadi-jadi. Kepala ditoleh sekali lagi untuk memastikan keadaan semua clear. Dia kembali berpaling sebaik sahaja melihat suaminya lena dibuai mimpi.

Helaian pertama dibuka. Alis matanya terangkat seraya satu senyuman tubir dibibirnya. Dah get ready nak baca!

Tak semena-mena, senyumannya pudar untuk sekelip mata. Kerutan di dahi mula muncul. Habis punah harapannya untuk membaca jurnal milik Noah gara-gara melihat bahasa asing yang terkandung didalam jurnal itu.

Serius cakap, memang dia tak faham langsung!

09 February '22
El día que conocí a alguien que no conocía. La primera vez que hizo aparecer esa curiosidad. En retrospectiva,sentirse gracioso. Todo por tropezar con un camarero de restaurante.

(Hari dimana saya jumpa seseorang yang saya tidak kenal. Pertama kali buat rasa ingin tahu itu muncul. Bila ingat balik, rasa kelakar. Semuanya gara-gara terlanggar seorang pelayan restoran.)

Ella es una mujer muy hermosa.

(Dia wanita yang sangat cantik.)

Berkerut-kerut dahinya cuba mentafsirkan malah memahami setiap butir kata yang tertulis. Retina matanya tidak lepas melihat satu lukisan seorang wanita.

Cantik, tapi hatinya masih rasa ingin tahu. Siapa orangnya. Sudah pasti perasaan cemburu itu ada. Wanita asing yang tidak dia kenali malah tahu dilukis sendiri oleh suaminya pada helaian kertas itu.

Espero que podamos encontrarnos de nuevo!

(Berharap kita dapat berjumpa lagi!)

Retina matanya turun melihat tulisan kecil dibawah lukisan itu. Cukup jelas, dia dapat mengerti ada makna tersirat yang terkandung pada helaian pertama yang dia baca.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now