| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 56 |🥀: Trauma

1.1K 63 1
                                    

               Telefon yang berdering minta diangkat membuatkan tidurnya terganggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Telefon yang berdering minta diangkat membuatkan tidurnya terganggu. Tangan dipanjangkan, cuba mencapai telefon yang berada di laci kecil bersebelahan katil.   

Lantas, jari dilecetkan ke kanan menekan punat menjawab tanpa mengetahui gerangan yang menelefon.

Mata dipaksa buka. Berkelip-kelip matanya dek kerana menerima sinaran daripada skrin telefon miliknya.

Lihat sahaja nama yang tertera pada skrin telefonnya, perlahan-lahan dia meleraikan pelukan isterinya. Tak membuat sebarang bunyi bising, dia bangkit turun dari katil.

Kepala berpaling berulangkali untuk memastikan tidur isterinya tidak terganggu.

               “Ada benda penting ke?,” soalnya dingin. Mana tidaknya, kalau malam-malam buta macam ni ganggu tidur memang cari naya betul. Ni kalau bagi sebab tak munasabah memang ni pancung terus.

               “King, kau masih dekat Bali lagi ke?,” tanya Lee. Riak wajahnya bertukar serius. Sah, memang ada perkara penting yang mahu anak buahnya beritahunya.

               “Haah. Aku dekat Bali lagi dengan Reina. Kenapa? Dah dapat detect diorang ke?,” terangnya. Penasaran juga dia adakah anak-anak buah dapat jejak musuh yang berjaya meletupkan kereta isterinya.

               “Dah. Aku dapat detect diorang dekat Bali jugak. Dekat dengan korang dua. Kau kena ambik langkah berjaga-jaga sebab sekarang, diorang target Reina,” ujar Lee dicorong telefon. Dari awal lagi dia tak sedap hati dengan musuh mereka kali ni.

Kalau diorang target King dari awal lagi, sudah tentu mereka semua dah dapat amaran dari musuh mereka. Tapi kali ini tidak. Tiada angin tiada ribut, kereta Honda milik Reina diletupkan oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Lebih mengejutkan, mereka langsung tidak dapat mengesyaki individu-individu itu. Semuanya dilakukan mengikut perancangan mereka sendiri membuatkan dia sukar untuk mendapatkan maklumat dengan menggodam cctv ditempat kejadian.

               “Bagitahu yang lain get ready. Aku nak ‘diorang’ dapat balasan yang setimpal,” arahnya dingin.

               “Baik, King,” ujarnya sebelum talian dimatikan.

__________

               Riak muka dingin suaminya dipandang lama. Sejurus sahaja dia bangun sebentar tadi sehinggalah mereka selesai bersarapan, Noah langsung tidak bersuara. Hanya riak muka dinginnya sahaja, dia dapat merasakan jejaka itu menyimpan sesuatu yang darinya.

               “Mandi. Siap-siap. Kita balik Malaysia,” ujarnya dingin.

Hannah diam tidak berkutik. Dia dengar apa yang suaminya beritahunya tadi dan dia faham. Dari nada suara, dia tahu suaminya sedang menyimpan amarah.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now