Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Terasa tidurnya terganggu akibat cahaya sinaran komputer riba milik Noah yang masih bernyala.
Dia panggung kepala. Jelas kelihatan dari raup wajah suaminya yang penat sehingga tertidur bersandarkan kepala katil. Tersengguk-sengguk kepala Noah dek kerana tidur bersandarkan kepala katil.
Dia bangkit bangun dari pembaringan secara perlahan tanpa meninggalkan sebarang bunyi agar tidak menganggu tidur suaminya.
Komputer riba yang masih bernyala itu ditutup perlahan-lahan. Sempat dia simpan terlebih dahulu dokumen-dokumen penting yang ada didalam komputer tersebut sebelum dia tutup. Ini untuk mengelakkan segala dokumen penting tersebut tidak lesap.
Usai sahaja tutup, komputer riba tersebut diletakkan diatas kabinet kecil bersebelahan katil.
Bawah bibir digigit. Memikirkan cara untuk baring kan Noah dengan betul tanpa membuatkan Noah terjaga dari tidurnya.
Terkebil-kebil matanya cuba memikirkan jalan mahupun cara untuk mengatur cara buat membaringkan Noah agar lebih selesa.
Nafas ditahan. Perlahan-lahan tangan menyelinap pada belakang tubuh suaminya yang bersandar pada kepala katil.
Tak henti-henti dia tunduk kemudiannya panggung kepala cuba untuk melihat tidur suaminya terganggu dengan tindakannya itu.
Allah.
Baru sekarang dia tahu macam mana rasanya Noah betulkan tidurnya setiap kali dia tidur. Mesti macam ni jugak kan?
Dia panggung kepala sekali lagi. Melihat akan Noah masih lena dengan tidurnya, dia cuba ambil risiko besar. Lengan kekar suaminya dipegang.
“Sayang?,” serak basah suaranya dek kerana tidurnya terganggu akan tingkah isterinya.
Untuk seketika, Hannah membekukan diri. Berkelip-kelip matanya menatap wajah suaminya yang baru sahaja terjaga dari tidurnya.
Entah kenapa dia rasa sangat-sangat bersalah terhadap Noah kerana membuatkan Noah terjaga dari tidur. Tetapi dalam pada masa yang sama dia mahu Noah tidur dengan lebih selesa.
“A—ayang...” terkumat-kamit mulut cuba bersuara.
“Sayang kenapa ni? Tak boleh tidur? Hmm?,” perlahan telapak tangannya naik menyentuh kedua-dua pipi isterinya lalu mengusap ubun kepala Hannah.
Alis mata Noah terangkat. Cuba untuk mendapatkan jawapan. Dalam pada masa yang sama, kantuk yang masih tersisa ditahan.
“Bukan—” Hannah geleng kepala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan pada Noah soal kenapa.
“Sayang lapar ya?...” tebak Noah. Kali ini, Hannah geleng laju menidakkan.
“Bukan tu...”
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romantizm𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...