Bibir nya masih tidak lekang dengan senyuman. Skrin telefon yang berada ditangan nya menjadi tatapan matanya dek kala melihat sebuah artikel yang dimuat naik oleh wartawan.Jari nya lincah meng-scroll ke bawah sehingga dapat melihat komen-komen oleh warganet Malaysia.
"Bukan main lagi senyum. Dah ada someone ke?," tegur Hannah yang sudah hampir seminit melihat riak muka K yang asyik tersenyum-senyum itu.
Jarang nak tengok jejaka kacak bernama K ni tersenyum lagi - lagi bila melihat sesuatu di skrin telefon. Hanya dengan orang tertentu sahaja dia hadiahkan senyuman. Jadi agak hairan bila K beriak sebegini.
Tak semena-mena K mendekatkan diri menghampiri Hannah supaya Hannah dapat melihat skrin telefonnya dengan lebih jelas.
Sudah faham dengan tindakan K itu, dia mendekatkan diri dengan K.
"You tengok ni. Diorang kata I handsome lah!," seloroh K bersama senyuman yang tidak dapat disimpan lagi. Satu komen dari netizen Malaysia berjaya membuatkan K senyum. Bukan hanya senyum biasa, siap ketawa lagi.
Mungkin agak terhibur dengan komen-komen yang dia skrol ke bawah.
Hannah toleh sebelah melihat riak wajah K bersama satu renungan tajam. Matanya dikecilkan lagak kurang puas hati. Fikirnya apa lah tadi, rupanya hanya sekeping gambar bersama beberapa komen dari warganet Malaysia.
"You tengok ni tengok ni. Pandai kan paparazi ambik gambar? I nampak handsome betul dekat sini,"
"Oh, selama ni awak tak rasa yang awak handsome lah ni..." komen Hannah. Betul apa diaorang cakap.
K ni kacak orangnya cuma tuan badan sendiri tak perasan.
Selang berapa saat, senyumannya tubir sehinggakan dia mengecilkan tubuhnya bergerak ke kiri dan ke kanan.
"Eleh malluuu..." usik Hannah nakal. Sengaja mahu mengusik jejaka itu dek kerana melihat reaksi K yang tak terduga itu. Amboi, sejak bila K jadi seorang yang cumil ni?
"Siapa yang malu?," sapa Ben sedari mencuri-curi dengar perbualan antara Hannah dan juga K. Rasa lucu bila dengar Hannah mengusik K sehingga jejaka itu tersengih malu.
"Siapa yang malu? You ke Reina?," K berdehem perlahan kemudian kawal riak mukanya. Tahu dek yang lain mahu mereka semua buat bahan jenaka untuknya.
"Eh saya pulak!," Hannah pandang K. Jejaka itu seakan-akan buat muka selamba. Hilang senyumannya tadi. Ben pula senyum senget. Tahu rakannya sorang itu malu.
"Berita you dengan King dah tenggelam. Muncul pula berita hangat pasal you dengan kitorang pula.." Ben mula bersuara. Tubuh disandarkan ke kereta mewah jenama Bentley miliknya dengan tangan disilangkan ke bidangnya.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...