| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 65 |🥀: Grand Floor🍂

1.2K 55 9
                                    

                Comforter ditarik menyelubungi tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Comforter ditarik menyelubungi tubuhnya.  Menggigil-gigil tubuhnya dek kerana terasa sejuk. Perlahan dia mengesot turun dari katil bersama comforter membaluti tubuhnya.

               "Yayanggg!!," leher suaminya dirangkul manja. Elok dia melentokkan kepala ke bahu suaminya.  

"Wuuuuuuuuu!!!," kedengaran bunyi sorakan dari laptop yang masih bernyala itu. Hannah panggung kepala dari terus melentokkan kepala ke bahu Noah. Kelihatan sekumpulan manusia yang terpapar pada skrin komputer riba milik suaminya memerhatikan kemesraan mereka berdua tika kini.

Allahu... dah tak boleh dah ni nak simpan malu. Semua orang dah tengok dia bermesra dengan Noah. Lagikan pula orang asing yang tidak dia kenal, bertambah lagi rasa malu dia.

Noah mengulum senyuman.

               "Sayang? Bangun dah?," ubun kepala isterinya diusap lembut. Panggilan meeting yang bersambung itu masih diteruskan. Masing-masing tertumpu pada skrin layar mereka yang memaparkan kemesraan majikan mereka bersama isterinya.

Masing-masing turut tersenyum herot. Itu lah kali pertama mereka melihat senyuman lebar dari majikan mereka sepanjang mereka bekerja. Dari muka tidak beremosi, beku sehinggalah kini, itulah kali pertama mereka melihat perubahan majikan mereka yang selama ini mereka kenal. Perubahan yang tidak dapat mereka percaya.

               "Mhm," Hannah angguk seraya leher suaminya dirangkul lebih erat. Wajahnya disembamkan ke leher Noah, cuba untuk menyembunyikan perasaan malu yang kian terasa.

Dia kalih kepala kemudian skrin laptop miliknya dilihat. Jelas dia dapat lihat para pekerjanya yang tidak lepas melihat kemesraannya dengan Hannah. Anak-anak buahnya yang lain juga turut sama tersenyum sumbing melihat kemesraannya.

Dan hanya seorang sahaja yang tidak mempedulikan hal itu. Jari jemarinya lincah mengetik papan keyboard pada laptopnya tanpa mempedulikan orang sekeliling melainkan perihal kerja.

Siapa lagi kalau bukan lelaki bernama Carl. Hidup didunianya yang sendiri. Tidak dapat melupakan trauma yang dihadapi olehnya, ditinggalkan, dibuang oleh ibu kandungnya sendiri ke pusat kanak-kanak.

Dan sebab itu, dia sangat membencikan kaum berlainan jantina. Lebih tepat lagi, wanita. Dia bahkan mengotakan janji pada dirinya sendiri untuk tidak membukakan hati untuk mana-mana wanita untuknya. Sampai mati dia tidak akan memaafkan insan yang bergelar ibu yang meninggalkannya.

"K, Lee, continuar esta reunión (teruskan meeting ini). I got to go," Noah bersuara. K dan juga Lee angguk mengiyakan sebaik sahaja diberikan arahan oleh King untuk meneruskan meeting online mereka.

Jari jemarinya lincah menekan papan keyboard memberikan sedikit kata-kata di ruangan kolom komentar meeting tersebut sebelum keluar dari link meeting tersebut.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now