| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 24 |🥀 : Couple shoes

3.5K 148 4
                                    

                    Kerusi ditarik kemudian dia menghenyakkan punggung duduk di kerusi meja makan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Kerusi ditarik kemudian dia menghenyakkan punggung duduk di kerusi meja makan itu. Hannah yang merasa dirinya diperhatikan berpasang-pasang mata itu sudah berasa tidak selesa. Mungkin agaknya mereka yang melihat dia bersama dengan sekumpulan jejaka duduk di satu meja makan itu mengecop dia sebagai playgirl mungkin.    

Mana taknya, pakaian jejaka disekeliling dia semuanya mewah-mewah belaka. Hanya dia saja yang pakai pakaian biasa dengan t-shirt putih lengan pendek bersama cardigan berwarna purple sebagai pakaian untuk berjalan. Santai. Seluar pula dia pakai jeans berwarna hitam. Rambut coklat hazelnya dibiarkan lepas sahaja. Selesa.

Noah yang duduk disebelah isteri nya menurunkan kacamata hitamnya sedikit. Anak mata hijau-kebiruan nya menikam sepasang mata yang melihat mereka sedari awal anak buahnya dan juga isteri nya tiba di ruangan meja makan itu. Cepat-cepat mereka semua melarikan mata mereka dari memandang mata helang Noah itu. Gerun.

Tangan Noah melingkar ke belakang kerusi Hannah.

                    “Beli apa tadi?,” Noah bersuara. Nada suaranya sedang-sedang sahaja. Tidak marah mahupun dingin. Dia cuba mengukir senyuman pabila Hannah menoleh memandang dia.

Dan akhirnya, setelah dua hari, baru sekarang Noah mahu bercakap dengan dia. Hannah menarik nafas lega.

                    “Sayang?.... ” panggil Noah, menyedari Hannah mendiamkan diri tidak memberikan dia jawapan.

                    “Owh, tak de beli apa pun, Bie. Teman diorang beli kasut je,” nafinya. Seketika, dia mengerling memandang satu per satu jejaka yang duduk sekejap dengan dia.

                    “Reina, tapi bukan ke you... ” belum sempat William mahu menghabiskan kata-kata nya, Hannah membuat memek muka. Bibirnya bergerak-gerak memberikan isyarat pada mereka untuk merahsiakan hal mengenai kasut yang dia beli kan untuk Noah. Sengaja nak beri kejutan untuk suaminya.

                    “Apa dia, sayang? Ada apa-apa yang Bie tak tahu ke ni?,” wajah isteri nya ditatap. Sudah dua hari dia memendam isi hati dia dan juga protes dengan Hannah. Melihat isterinya depan mata buat hatinya sejuk. Bagai hilang rasa marah pada isterinya. Tak marah, cuma cemburu dengan layanan Hannah terhadap anak buahnya. Itu sahaja.

                    “Tak de pape, tak de pape,” Hannah menggelengkan kepalanya seraya menjonget bahu. Noah menoleh memandang anak buahnya pula. Mahukan jawapan. Kesemua mereka menjonget bahu, berpihak dengan Hannah.

Pelayan tiba di meja mereka, menghentikan perbualan mereka. Hannah tersenyum nipis. Perfect timing betullah. Mujur dia tak perlu jawab lagi pertanyaan Noah akan barang yang dibelinya tadi. Tiba lagi dua orang pelayan yang menghidangkan mereka makanan. Dan seorang lagi pelayan itu meletakkan gelas berisi minuman diatas meja mereka.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now