Berdas-das tembakan dilepaskan. Keadaan yang kini menjadi kacau bilau gara-gara para pengunjung yang berada di dalam restoran itu berpusu-pusu keluar dari ruangan itu. Berkumpul-kumpul asap pemedih mata memenuhi ruangan itu membuatkan para pengunjung yang berada di dalam ruangan itu menjerit kesakitan.
Masing-masing melepaskan tembakan tanpa henti. Noah tersenyum senget. Retina matanya tajam menangkap beberapa orang lelaki bersut putih.
Dia berlari menyelindungkan diri di satu sudut ruangan itu. Pistol Barretta miliknya ditilik seketika kemudian beberapa butir peluru dimasukkan ke dalam.
Tanpa berlengah lagi, dia maju. Dengan satu tembakan, seorang lelaki jatuh menyembah lantai. Tepat sebutir peluru miliknya terbenam didalam kepala lelaki itu.
Anak buahnya yang masih di belakang tidak dihiraukan, dibiarkan sahaja mereka yang sibuk dengan diri masing-masing menembak mati musuh mereka. Pandai-pandai lah mereka jaga diri. Dah dilatih bertahun, semudah abc sahaja melakukan arahan yang satu itu.
Pistol disimpan semula kemudian dia mengeluarkan pisau belati miliknya. Jangan main-main, dengan satu torehan sahaja, boleh membuatkan mangsa menjerit kesakitan.
Dengan asap-asap yang sudahpun memenuhi ruangan itu, ianya tidak menjadi masalah untuk Noah. Orang lain bila asap dah memenuhi ruang memang dah tak boleh nampak.
Selang berapa minit, datang sekumpulan lelaki bersut hitam memasuki ruangan itu. Pintu utama ditendang kasar membuatkan dentuman bunyi kuat terhasil. Berpusu-pusu musuh memasuki ruangan itu bersama senjata api ditangan. Para pengunjung disitu sudahpun tumbang gara-gara tidak dapat keluar dari ruangan restoran itu. Mana tidak ya, pintu utama sudahpun dikunci rapat. Memang tidak le seorang pun boleh keluar.
Kesemua mereka mengenakan topeng muka di wajah mereka. Sama seperti Noah dan juga anak-anak buahnya.
Genggaman tangannya memegang kemas pisau belati. Dengan pakaian yang mengenakan pakaian yang serba hitam membuatkan musuh tidak dapat menjejak mereka semua.
Dalam diam dia menyelinap dari belakang beberapa orang musuh dengan berani tanpa merasa takut sekalipun.
Dia merentap leher seorang lelaki dengan kasar kemudian leher lelaki itu ditoreh tanpa ragu-ragu. Sekaligus membuatkan lelaki itu tumbang. Dalam sekelip mata ianya berlaku dengan pantas. Dia melakukan hal yang sama kepala beberapa orang lagi yang lain. Nyawa mereka melayang begitu sahaja.
Jam di pergelangan tangannya dikerlingnya. Sudah hampir masuk jam 1 tengahari. Mereka semua mempunyai masa satu jam lagi sebelum majlis pernikahannya berlangsung.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Любовные романы𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...