| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 10 |🥀 : Period Pain ⏳

6.2K 264 28
                                    

[ LOVE AFTER MARRIAGE 🍫 ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ LOVE AFTER MARRIAGE 🍫 ]

               Matanya meliar mencari figura Noah. Tidak lepas, matanya melihat satu per satu tetamu yang hadir memasuki dewan mewah itu. Bertempat di kota Paris. Lain daripada yang lain.   

Kedua tangannya disatukan. Rasa gelisah menguasai diri. Takut jikalau jejaka itu melarikan diri di hari penting sebegini. Tak mungkin, kan?

Seketika, sekumpulan jejaka kacak yang mengenakan kot hitam memasuki dewan membuatkan suasana yang bising dengan suara para tetamu yang hadir disitu menjadi senyap. Hanya kedengaran muzik lagu yang dimainkan.

Hannah tersenyum lebar tatkala matanya melihat figura Noah memasuki dewan bersama-sama sekumpulan jejaka kacak disamping. Tidak dinafikan, matanya tidak berkelip melihat Noah yang segak, lagi kan kacak, lagi kan tampan mengenakan toxedo berwarna putih. Jejaka kacak yang berada disamping Noah langsung dia tidak ambil peduli. Awww.. Handsome nyaww! Pandai aku cari suami. Ahaks!

Setelah majlis akad nikah selesai, tetamu yang hadir dilayan mesra. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Gerak geri jejaka yang berada disebelahnya diperhatikan. Sedari dirinya diperhatikan oleh isterinya, dia berkalih. Satu senyuman bersama lesung pipitnya ditayangkan membuatkan Hannah disitu kaki Hannah luluh. Senyuman jejaka itu, membuatkan lututnya lemah.

Hampir sahaja nak terjatuh  tetapi sempat tubuhnya disambut oleh Noah. Tangannya melingkar ke pinggang ramping Hannah.

Mata mereka saling bertembung. Hannah menelan liur kesat. Laju jantungnya mengepam darah.

              “Are you okay, sayang?,” tanya nya dengan nada yang cukup membuat Hannah tidak percaya akan realiti yang sedang berlaku sekarang ini. Awak panggil apa tadi? Sayang? Awhhh!! Jiwanya sudah menerawang.

               “Hannah?,” panggilnya. Terus lamunannya terhenti. Matanya dikedip kan beberapa kali.

               “Err... ” gumamnya kekok. Dia kembali berdiri tegak. Noah juga.

               “Awak, lama lagi ke majlis ni?,” tanya Hannah. Sedaya upaya dia mendongak, cuba untuk berbicara dengan Noah yang tinggi itu.

               “Masih panggil I dengan panggilan awak ke?,” soalan dibalas soalan. Kepalanya ditunduk sedikit melihat wajah isterinya.

               “Habis tu nak panggil awak apa?,” keningnya berkerut. Tepat matanya melihat riak wajah Noah tika ini. Tubuh Noah ditundukkan sedikit agar menyamai ketinggian Hannah. Hannah hanya berdiri kaku.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now