Hannah segera menutup mulutnya setelah menguap. Tak nak setan masuk, hoho. Hari ini, dia akan pulang ke Malaysia setelah 4 hari berada di kota London untuk sesi photoshoot. Penat, penat jugak tapi dia tak sabar nak jumpa ahli keluarga yang tersayang. Rinduuu.
Setelah lebih 15 jam duduk di seat kapal terbang, akhirnya satu pengumuman diumumkan bahawa perjalanan sudah hampir sampai ke destinasi yang dituju. Hannah menghela nafas lega. Punggung pun dah kebas nih sebab duduk lama sangat.
Badan direnggangkan. Sesekali dapat mendengar bunyi hasil daripada regangannya.
Jam yang berada di pergelangan tangan kanannya dikerling, sudah menunjukkan 9 malam. Seketika iphone miliknya dinyalakan. Berbunyi telefon nya dek kerana mesej masuk. Sesekali Hannah tersenyum.
Mesej daripada ahli keluarganya dan beberapa kawan rapatnya dibalasnya. Jarinya lincah menekan skrin telefon kemudian mesej terus dihantar.
Contact nama abang nya dicari. Dia menunggu sekejap, untuk abangnya menjawab panggilan nya. Dalam masa 10 saat, talian sudah pun bersambung. Salam diberi.
“Abang, abang amik adik eh? Adik dah ada kat airport sekarang ni,” pinta Hannah.
“Betul ke ni? Adik dah kat airport?,” tanya Haziq mahukan kepastian.
“Betul lah. Buat apa adik nak tipu pulak,”
“Okey la kalau macam tu. Adik tunggu sana, abang datang ambik. Jangan merayau. Dah malam dah ni,” tegur Haziq. Risau juga kalau adiknya merayau. Adik dia ni kalau pergi singgah mana-mana aje mesti hilang, tak nampak batang hidung dah.
“iye, adik tak merayau lah. Over la abang ni. Oh ya, jangan bagitahu umi dengan ayah tau yang adik nak balik. Nak surprise sikit, hehe,”
“hmm.. Iye lah dik,” Talian dimatikan. Sempat salam diberi pada hujung perbualan.
Nafas dihela perlahan sebelum Hannah menuju ke satu cafe. Tidak lupa juga dia menolak luggage miliknya.
Order sudahpun diambil tadi sebelum dia mengambil tempat duduk ke satu tempat yang agak tersembunyi. Walaupun sudah malam, masih ramai lagi orang yang berada di airport itu.
Setelah hampir 5minit menunggu, air yang diorder tadi sudah pun terhidang diatas mejanya. Dengan lafaz bismillah, air minuman itu disisipnya perlahan. Straw dimain-main beberapa kali. Memang sudah jadi tabiat dia.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Roman d'amour𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...