Kehulur-kehilir dia berjalan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya. Hatinya rasa kurang senang akan keadaan Reina tika ini. Semenjak Reina kembali ke dunia permodelan sebulan yang lalu, jadual Reina semakin ketat. Bahkan tiada rehat yang cukup.
Dua tiga hari ini, keadaan kesihatan Reina kurang baik. Tubuhnya lemah dan lesu. Tiada lagi senyuman menghiasi wajah ceria nya seperti hari-hari sebelum ini.
Sudah berkali-kali dia cuba untuk menelefon King untuk memberitahu akan perihal itu tetapi tidak berjaya. Begitu juga yang lain. Tiada respon.
Dia juga sudah sedia maklum tiga hari yang lalu daripada King yang dia dan juga yang lain akan berangkat ke kota Itali untuk menyelesaikan misi mereka.
“Ayang..ayang...” nafasnya turun naik. Lantas, daun pintu ditolak mendapatkan Reina.
“Reina jangan lah macam ni. I dah tak tahu nak buat macam mana lagi,” terang Evelyn buntu. Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk membantu Reina buat masa ini.
Reina tak pernah macam ini.
“Noah..saya nak Noah... Evelyn,” rayu Hannah bersama tangisan. Evelyn telan liur kesat. Melihat akan keadaan Reina yang sebegini rupa membuatkan dia takut untuk memberitahu akan kenyataan.
“Evelyn...saya nak suami saya..” tangisnya lagi.
“Reina, you janganlah nangis lagi. I ada dengan you okay?,” sedaya-upaya dia cuba memujuk untuk menenangkan suasana hati Reina.
“Saya nak Noah, Evelyn. Saya nak suami saya,” berjurai air mata tidak dapat disimpan lagi. Wajah pucat Reina dipandang nya lama. Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan semuanya pada Reina.
Dia buntu. Selagi tiada respon dari King, selagi itu dia tiada keberanian untuk menerangkan semuanya pada Reina. Entah misi berjaya atau tidak, dia masih tiada kepastian.
K pun tidak memberikan khabar berita semenjak dia dan yang lain berangkat ke kota Itali sana.
Telefon dinyalakannya sebaik sahaja bateri telefonnya meningkat ke dua peratus. Serta-merta dahinya mula berkerut sejurus sahaja melihat puluhan missed call dari orang kanannya yang mengawal isterinya. Tidak lain tidak bukan, Evelyn.
Lantas, panggilan cuba disambungkan pada Evelyn. Tidak sampai beberapa saat, panggilan disambung dari pihak sana.
“Ada apa-apa terjadi pada Reina ke, Evelyn?,” soalnya. Soalan berlalu begitu sahaja. Evelyn diam untuk seketika. Cuba untuk mencari keberanian untuk memberitahu akan kenyataan yang kesihatan Reina yang memburuk.
“Jawab!,” suaranya bertukar dingin. Tangannya mengepal penumbuk. Sah, dia tahu ada sesuatu yang Evelyn cuba untuk memberitahunya kali ini. Berita buruk barangkali.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...