Makanan yang terhidang di atas meja makan dilihatnya. Banyak betul makanan yang terhidang. Solat maghrib dan juga isyak sudah pun mereka sekeluarga termasuk Noah tunaikan. Sekarang, tiba masa untuk mereka sekeluarga makan malam.
“Wah! Banyak nya makanan,” luah Elisya girang. Bersinar matanya melihat hidangan makanan yang sudah dihidangkan di meja makan itu. Terliur dibuatnya. Sesekali dia menelan liurnya kesat.
Puan Sarrah tersenyum nipis mendengarkan kata-kata yang diucapkan oleh Elisya. Hidangan terakhir diletakkan diatas meja. Hannah yang tadinya hanya mendiamkan diri bersuara.
“Kenapa style ikan umi masak dah lain? Bukan macam biasa?,” dia bersuara. Tak lah, biasanya umi nya kalau masak ikan mesti seekor terus. Ini sudah dicarik-carik. Tak ke pelik.
“Apa yang pelik nya? Okay je umi tengok nya tu,” balas umi. Punggung dihenyakkan ke kerusi makan di sebelah Encik Yusoff, suaminya.
“Dah dah. Makanan dah hidang dah ni. Baca doa makan,” ucap Encik Yusoff. Hannah memandang hidangan ikan itu dengan riak tak puas hati. Setelah mengaminkan doa makan yang dibaca Noah, mereka sekeluarga menjamu makanan yang terhidang. Abangnya, Haziq masih berada di KL sana dek kerana urusan kerja. Tidak dapat pulang ke kampung.
“Makan lah ikan tu, Noah. Tulang umi dah buang, tinggal isi je tu,” tegur umi. Noah tersenyum. Dia menurut, mengambil sedikit ikan masak merah yang dikatakan oleh umi. Hannah sekadar memerhati. Seketika dahinya berkerut. Dulu bukan main lain lagi umi nya tanya Noah ni tak makan ikan ke. Ni sekarang lain pula.
“Tak sedap ke, sayang? Kenapa tak makan?,” tegur Noah sedari Hannah yang berada disampingnya ralit menguis-nguis nasi. Tak luak pun makan.
Semua mata memandang Hannah. Hannah yang tadinya menunduk, mendongak kan kepalanya. Ah sudah, kenapa pulak ni? Merasa semua mata memandangnya, dia berkalih memandang Noah. Lengan jejaka itu dicubitnya. Noah beriak biasa tanpa mengaduh sakit langsung. Noah mendekatkan dirinya ke Hannah. Lengan mereka berlaga.
“Bie tak tahu nak bagi reaction apa. Tapi sayang cubit tak sakit pun,” bisiknya ke telinga Hannah. Sempat dia memberikan senyuman nakalnya. Hannah menjeling Noah dengan pakej riak wajah yang tidak puas hati. Lengan suaminya itu ditampar kasar.
Noah membalas. Tangan Hannah dicuitnya lembut.
“Tahu lah orang tu dah kahwin, tapi jangan lah buat orang single ni macam ni,” celah Elisya melihat adengan mesra antara abang nya dengan kakak iparnya itu. Sakit matanya melihat adengan itu. Mohon, nak bermesra pun jangan lah depan orang single. Tak berhati perut langsung buat orang single sebegini.
Manakala, umi pula tersenyum. Air yang dibancuh nya itu dituangkan ke gelas suaminya. Encik Yusoff menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja lah mereka ini.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...