| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 35 |🥀: Degil

1.5K 82 114
                                    

               Tubuh Hannah disandarkan ke kepala katil perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh Hannah disandarkan ke kepala katil perlahan-lahan. Evelyn menghela nafas berat. Seandainya Hannah ini tidak berdegil, sudah pasti kerjanya akan jadi lebih mudah.

Ini, tengoklah sekarang. Dengan muka pucatnya, masih lagi sibuk fikirkan pasal kerja walhal mereka masih mempunyai masa lagi. Masih cukup masa lagi untuk berehat sekejap.

"You still nak jugak pergi kerja ke? Kan tak sihat tu..." tutur Evelyn penuh dengan kesabaran.

"Dah, saya dah sihat dah. Tak perlu nak berehat lagi," comforter ditolak tepi, berura-ura untuk bangkit turun dari katil.

"You jangan degil boleh tak? Tengok, muka tu pucat...macam mana nak pergi kerja? Nanti orang tengok muka you macam ni mesti diorang suruh you balik," Hannah mencebik kan bibirnya dikala mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Evelyn itu.

Halah, dia senggugut je pun. Tak ada lah serius mana. Ni sekarang dah okay dah. Rasa sakit pun dah hilang sikit.

Naik sedih jugak bila fikirkan dulu berbanding sekarang. Kalau dulu, walau macam mana pun rasa sakit senggugut tu datang, keras kepalanya makin menjadi-jadi. Tak kesah lah sakit macam mana sekalipun, kerja model nya memang dia tak pernah off day.

Kini, jauh dari apa yang berlaku dulu berbanding sekarang. Sekarang, kalau dia sakit, bukan main lagi orang atasan risaukan dia. Bahkan berikan cuti sakit.

Begitulah apa yang berlaku. Ah, kalau dulu..memang dia kerja mati-matian semata-mata nak wujudkan impian nya untuk menjadi seorang model terkenal. Dan bila dikenali ramai, bukan dia pula yang famous, sebaliknya suaminya!

Pelik bukan?

Tapi tidak hairan lah suaminya yang dikenali orang ramai. Tengok, harta ada. Usahawan berjaya yang menubuhkan banyak cawangan hotel terkenal sama ada dalam dan juga luar negara. Rupa paras ada, ini, kalau diingatkan lagi macam mana dia tackle suami dia dulu ajak kahwin mesti malu kalau orang tahu. Alahai.

"Saya dah sihat. Dah boleh pergi kerja. Tengok ni..." Hannah mengangkat sebelah tangannya. Baju lengan pendeknya itu ditarik hingga ke bahu kemudian menayangkan otot yang yang tak berapa otot pada bahagian lengannya.

"Pfftt!! You nak buat I gelak ke apa ni?," Evelyn menahan tawanya melihat lagak gaya yang dilakukan oleh Hannah.

"Apa yang lawaknya? Nampak tak ni? Nampak?," kedua-dua mata Hannah tertumpu pada lengannya. Tangan digenggam, supaya otot lengan nya jelas kelihatan.

"Apa yang nampaknya,Reina? Otot lengan?," tanya Evelyn. Tertawa kecil dia melihat gelagat Hannah itu. Elok tadi sebenarnya nak marah, terus hilang perasaan amarah itu.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now