| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 46 |🥀: Cemburu❓

2K 106 2
                                    

               Retina matanya meliar melihat masing-masing yang tidur lena bersilang tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Retina matanya meliar melihat masing-masing yang tidur lena bersilang tangan. Line clear! Telefon pintar yang berada didalam kocek seluarnya dikeluarkan lalu jarinya lincah menekan skrin telefon.  

Kedengaran bunyi notifikasi telefon menandakan mesej masuk. Skrin dinyalakan lalu mesej yang tertera pada skrin telefonnya dilihat sekilas. 

Tangan Hannah dipegang erat. Sebaik sahaja dia menerima mesej itu, mereka berdua keluar dari bilik seperti penjenayah. Masing-masing mengenakan pakaian berwarna hitam. Hannah dengan hoodie hitamnya manakala Noah pula mengenakan baju turtleneck hitam. Tambah-tambah lagi mereka dua mengenakan topeng muka yang menutup separuh wajah mereka.

Mata mereka bertembung. Mereka berdua hanya memberikan satu anggukan sebagai isyarat untuk King dan juga Reina.

Mereka berjalan beriringan. Tangan Hannah dipegang erat seperti tidak mahu melepaskan. Risau kalau-kalau hilang, naya pula.

               “Mana kereta?,” soal Noah bersama kerutan di dahi. Hairan. Tengok kiri, tengok kanan tak nampak satu pun kereta dia mahupun kereta anak buah dia.

               “Kereta siapa? Tu! Kereta kita,” sempat Hannah menuding jari ke arah kereta Honda miliknya yang berada tidak jauh dari mereka. Entah sejak sebulan Noah jatuh sakit, sejak itu dia tak usik Honda dia.

Pergi mana-mana pun kalau K ajak pergi makan pun K juga yang bawa dia menggunakan kereta K sendiri. Sememangnya dia tak drive sepanjang dia kat sini. Mereka semua menjaga dia dengan baik.

               “Itu kan kereta sayang,”

               “Iye lah kereta sayang. Jom lah! Kita pergi makan dulu,” kali ini Hannah pula menyeret Noah mengikutinya. Langkah dilajukan dek kerana tidak dapat menahan rasa terujanya.

Punat kunci ditekannya sebelum pintu sebelah pemandu dikuak olehnya.

               “Biar sayang drive okay? Ayang duduk je diam-diam,” ujar Hannah. Terkebil-kebil Noah tika ini. Sepatutnya dia yang drive kereta. Bukan isterinya.

               “Duduk. Jangan degil-degil. Tak sihat lagi kan? Biar sayang je drive,” Noah mencebik persis anak kecil. Apa ni tak nak tak nak! Tak nak jadi penumpang. Tak biasa, memang selalu nya memang dia yang memandu.

Sebijik macam ibu-ibu marah anak pula. Lambat-lambat Noah ikutkan sahaja walaupun hatinya tidak mahu. Pintu bahagian sebelah pemandu ditutup kemas oleh Hannah, memastikan Noah dalam keadaan baik-baik sahaja.

Nak keluar dengan Noah ni pun macam-macam nasihat doktor bagitahu dia supaya pantau Noah baik-baik memandangkan suaminya belum seratus peratus sihat lagi. Mika juga menegaskannya untuk berhati-hati.

Dia masuk ke dalam perut kereta. Sejurus sahaja dia masuk ke dalam kereta, tali pinggang dililitkan ke pinggang.

Sempat, dia menoleh sebelah melihat Noah yang terkial-kial menarik tali pinggang yang berada disamping kirinya. Tarik sekali sangkut, tarik sekali sangkut. Tak semena-mena Hannah tertawa sendiri melihat karenah suaminya itu.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now