Langkahnya dibawa ke arah jendela sejurus merasakan sinaran cahaya memancar masuk kedalam kamar tidur mereka. Tidak mahu menganggu tidur lena isterinya, dia membuat keputusan untuk membiarkan kamar tidur itu gelap tanpa sebarang cahaya.
Tirai jendela itu diselak menutupi jendela sebelum langkahnya kembali menghampiri isterinya yang sedang tidur pulas.
Dia melabuhkan punggung duduk ditirai katil bersebelahan Hannah. Letak duduk comforter diperkemaskan lagi, menyelumuti tubuh isterinya supaya tidak terasa sejuk dengan suhu penghawa dingin yang rendah.
Hannah menggeliat kecil. Terasa akan sentuhan tangan suaminya yang mengusap ubun kepalanya.
"Sorry. Did i wake you up, sayang?," Hannah geleng kepala. Kedua-dua tangannya didepakan buat Noah. Tidak mengambil masa yang lama, dia tunduk menghampiri isterinya. Tangannya merangkul leher Noah untuk lebih dekat dengannya kini. Dengan jelas, dia dapat melihat senyuman kecil dari suaminya.
Tak semena-mena dia melagakan hidungnya dengan hidung mancung Noah.
"Yayang dah prepare breakfast untuk sayang. Sorry tau yayang tak dapat nak breakfast sama-sama dengan sayang. Tiba-tiba je tadi Allen bagitahu yang klien nak deal business dengan our hotel dekat sini," terang Noah. Sedikit kecewa sebab tidak dapat bersarapan bersama Hannah seperti hari-hari lain untuk hari ini.
"Ermm..nooo.." rungut Hannah seraya mengetatkan lagi pelukan sehingga membuatkan wajah Noah tersembam pada bantal tidurnya.
"Hmm..should i stay, sayang?" soalnya pelan. Berdolak-dalik dalam pada masa yang sama dia tidak menghiraukan perjumpaan bersama klien kerana dia tahu, akan ada orang kanannya yang boleh mengambil alih menguruskannya.
"Five minutes please.." pinta Hannah manja. Merangkul leher Noah dengan erat. Noah mengukir senyuman. Perlahan dia bergerak mendorong tubuhnya kebelakang.
Pipi isterinya dikucup sekilas sebelum kedua-dua telapak tangannya menyentuh pipi itu. Retina matanya masih statik menatap wajah isterinya yang baru sahaja bangun dari tidur. Tidak lama, dia tersenyum lagi.
Entah apa yang Hannah buat, bibir ni rasa nak senyum bersahaja.
Hannah tayang muka masam. Jari telunjuknya naik mencuit hidung mancung suaminya.
"Handsome - handsome macam ni mana boleh pergi work," komen Hannah seraya matanya turun mengerling ke pakaian kerja yang dikenakan oleh Noah.
Noah kerut dahi. Hairan barangkali. Memang ini pakaian untuk berangkat ke tempat kerja. Biasa sahaja.
"Kenapa yayang tak boleh pergi work? Biasa kan memang yayang pakai macam ni jugak pergi work," jawabnya. Sekali dia sekali melihat pakaian yang dikenakan olehnya sendiri. Tiada perubahan, biasa sahaja.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...