| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 20 |🥀 : Jajan

3.2K 150 3
                                    

                    Kerusi ditarik kemudian dia menghenyakkan punggung duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Kerusi ditarik kemudian dia menghenyakkan punggung duduk. Sempat dia memandang kesemua jejaka yang sudah mengambil tempat, duduk di meja makan itu. Yang lain elok sahaja makan tetapi tidak untuk Hans dan William. Pasangan kembar itu hanya menunduk melihat makanan yang sudah terhidang untuk mereka. Diam berkutik tidak bersuara malah kelihatan seperti tidak mahu menjamah makanan langsung. Dah kenapa pula ni?   

Dia menoleh melihat Noah pula. Wajah dingin suaminya dipandang.

              “Kenapa dengan diorang, Bie?,” tanyanya ingin tahu. Tadi bukan main lagi dua ekor nyamuk ni menganjing dia sebab tak mandi. Ini diam pula. Bisu dah ke?

Noah tidak menjawab, malah menghulurkan pinggan yang dihidang dengan spaghetti . Garfu tidak lupa juga dia letakkan disisi makanan itu.

Hannah cuba untuk menepis perasaan ingin tahu tadi. Sudah suaminya tidak mahu beritahu, buat apa nak paksa? Lihat wajah Noah itu yang dingin, tidak mahu lagi dia menambahkan lagi bara api. Karang ada yang mengamuk pula.

               “Makan,” arahnya dengan nada mendatar. Hannah mengangkat wajahnya.

               “Tengah makan lah ni,” Hannah menjawab.

               “No sayang. Bie cakap dengan kembar ni,” nada suaranya berubah, membalas kata-kata isterinya itu.

               “Ouh,” balas Hannah pendek. Malu sendiri. Dia fikir Noah bercakap dengannya. Rupanya tidak. Nasib K, Lee dengan yang lain sibuk melayan diri menjamah makanan langsung tidak menghiraukan kitorang.

               “Dije comer, ¿verdad? ¿Quieres que vuelva a repetir mis palabras?,” (Aku kata makan, kan? Nak aku ulang kata-kata aku lagi?) dia bersuara lagi. Hannah hanya sekadar mendiamkan diri. Tidak mahu dia masuk campur lagi.

Pantas, Hans dan William masing-masing menjamah makanan. Takut jikalau selipar dibaling pada mereka lagi. Hans tidak berapa takut sangat, sebab Hannah ada. Kelemahan King mereka ada depan mata mereka. Jadi buat apa nak takut? Adiknya sahaja lah. Kecut perut sikit.

Kini suasana menjadi hening. Hanya kedengaran bunyi garfu berlaga dengan pinggan. Masing-masing menjamah makanan yang dimasak Noah dengan selera. Ada yang tambah. Itu sudah pasti Hans. Mengacah mahukan perhatian Noah. Semata-mata mahu menunjukkan rasa bersalahnya.

                “Kejap lagi kita keluar,” Noah yang tadinya diam sibuk melayan telefon bersuara. Serentak, mereka semua mengangkat wajah mereka. Semua mata memandang Noah dengan pandangan yang Noah sendiri kurang tafsir. Asal tetiba pandang macam nak bunuh orang nih?

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now