Katil dirabanya, bergerak-gerak tangannya mencari suami nya. Merasakan sebelahnya kosong, matanya dicelikkan. Digosok-gosok matanya dek kerana kabur. Dia lekas bangun. Sesekali panggilan yang dia gelarkan untuk suaminya itu dipanggil berulang kali tetapi tiada sahutan. Sempat dia melihat pelusuk bilik mereka. Tiada. Kemana pula Noah pergi? Kaki diatur keluar daripada bilik. Tingkat bawah di tujunya. Dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati.
Kelihatan figura Noah yang tidak jauh darinya yang sedang minum air di ruangan dapur. Tak semena-mena senyuman terukir di bibirnya. Laju dia berlari menerpa ke arah Noah. Tubuh Noah dipeluk nya dari belakang dan wajahnya disembamkan ke belakang tubuh jejaka itu.
“Bie pergi mana? Puas tahu tak saya cari?,” rungut nya. Air yang diminum nya tersembur dek kerana tubuhnya dipeluk secara tiba-tiba oleh seseorang. Tubuh Hannah ditepis kasar, membuatkan Hannah terpana seketika dengan sikap Noah yang berubah drastik itu.
“mujer loca!,” (perempuan gila!) jerkah Noah. Tinggi nadanya membuatkan tubuh Hannah terhenjut dek kerana menerima jerkahan daripada Noah. Riak wajah Noah dipandangnya. Hampir sahaja air matanya ingin jatuh membasahi pipinya. Gelas tadi diletakkan didalam singki. Dia kemudiannya beredar meninggalkan Hannah seorang diri yang terkulat-kulat itu.
Melihat kelibat Noah sudahpun jauh meninggalkan dia, akhirnya tangisan yang ditahan tadi terhambur. Apa yang berlaku sekarang ni? Semalam okay sahaja suaminya itu. Bahkan menjaga dia dengan baik. Kenapa hari ini berubah pula? Dia terduduk. Lutut disembamkan ke wajahnya. Tersedu-sedu dia bersama tangisan.
IPhone miliknya disimpan kedalam kocek seluarnya setelah mematikan panggilan daripada Carl. Matanya turun melihat cincin di jari manis tangan kirinya. Dia tersenyum tatkala wajah Hannah berlegar di fikirannya. Sungguh, dia cinta akan gadis itu. Dia akan sedaya upaya menjaga Hannah dengan baik. Itu janjinya pada dirinya.
Lama dia berada di halaman rumah banglo mewah itu, akhirnya dia masuk ke dalam. Salam diberi dan dia masuk dengan kaki kanan. Baru sahaja dia mahu mendaki anak tangga untuk menjenguk Hannah, kedengaran bunyi tangisan seseorang tidak jauh dengannya. Tanpa berlengah, kakinya diatur menuju ke arah bunyi tangisan yang didengarinya tadi.
Tak semena-mena matanya jatuh melihat Hannah yang terduduk diatas lantai mozek menyembamkan wajahnya ke lutut bersama tangisannya. Tubuh Hannah diraihnya. Riak wajah risau dipamerkan. Bahu Hannah dipegangnya. Hannah masih lagi kekal sama. Masih dengan tangisannya.
“Sayang, kenapa nangis ni?,” wajah Hannah dipegangnya. Merah hidungnya dek kerana menangis. Wajah Noah dipandangnya. Air mata yang membasahi pipinya itu dikesat menggunakan ibu jari Noah.
“Sayang, I asked you, kenapa nangis?,” tanya lembut. Tepat matanya memandang wajah Hannah. Sudah terang lagi bersuluh, lagi tanya kenapa dia nangis.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...