| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 29 |🥀 : The Day Without Husband 👔

2.2K 97 10
                                    

                    Kelopak mata dibuka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Kepalanya diangkat sedikit, melihat pelusuk ruang bilik yang gelap. Mana tidaknya jendela pun sudah ditutup dengan tirai langsir berwarna hitam. Memang gelap lah jawabnya. Jam alarm jugak, malam tadi dah dia setkan dah sebab nak teman Noah pergi airport sama-sama.  

Matanya meliar, mencari figura suaminya. Tiada. Beg bagasi milik suaminya yang berada berhampiran kamar pintu pun sudah tiada.

Tangannya menggapai telefon yang berada berhampiran dengan jam alarm yang berada diatas rak bersebelahan katil. Tidak menunggu lama lagi, telefonnya dinyalakan. Terpejam-pejam matanya seketika dek kerana menerima sinaran dari skrin telefon. Kedua matanya digosok, cuba untuk menghilangkan sisa kantuknya. 

Terpapar jam 9:32 pagi pada skrin telefonnya.

Ini sudah pasti suaminya sudah berangkat ke Itali. Malam tadi ada juga Noah beritahu dia yang dirinya terpaksa berangkat ke Itali atas urusan tertentu. Sama juga yang terjadi sebelum Noah berangkat ke Thailand beberapa minggu yang lalu.

Dia pun faham. Tapi sedih lah jugak sebab dalam beberapa hari lagi dia ada fashion show dekat New York tapi nampaknya suaminya tak dapat hadir ke sana tepat pada hari dan waktu itu. Tapi tak mengapa lah. Urusan penting nak diselesaikan kan? Fashion show akan datang masih ada lagi.

Hannah bangkit bangun dari katil. Langkah dibawa ke kamar mandi untuk mencuci muka terlebih dahulu sebelum turun ke tingkat bawah. Mandi? Nanti-nanti lah. Lagipun hari ni jadual kerjanya tidak terlalu ketat berbanding hari semalam, dimana dia perlu tiba ke tempat kerjanya awal pagi.

Sesudah sahaja mencuci muka dan juga memberus gigi, dia mengorak langkah keluar dari bilik. Dapur tempat di tujunya. Sementara kakinya menginjak anak tangga, tangannya sibuk mengikat rambutnya yang lebat itu. Merasa sedikit terganggu. Rambutnya diikat sanggul lalu ubun-ubun rambutnya disangkut ke belakang telinga.

Tudung saji, tempat dimana makanan disimpan dibukanya. Kelihatan satu hidangan sandwic yang sudah terhidang depan mata. Tak lupa juga satu stinky note berwarna kuning dilekatkan pada sudut pinggan itu.

Stinky note itu diraihnya kemudian dia baca dengan teliti. Tak semena-mena dia mengukir satu senyuman. Suami dia ni, kalau bab makan, memang ambil berat betul. Sampai dah sediakan awal-awal sebelum berangkat ke Itali.

                    ‘Breakfast for today. Untuk breakfast esok pun Bie dah sediakan dalam fridge. Just perlu panaskan,’

Selesai membacanya, stinky note tadi dilekatkan ke muka pintu fridge. Ditekan-tekan sedikit agar gam pada note itu masih boleh melekat. Rasa sayang nak buang sebab tu dia tampal balik dekat peti sejuk.

Berpuas hati dengan stinky note yang baru sahaja dia tampal tadi, dia menguak pintu peti sejuk itu dari luar. Retina matanya tertancap akan satu lagi stinky note yang sama warnanya pada satu gelas kaca berisi susu coklat kegemarannya.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now