Daun pintu ditutupnya perlahan dengan cermat. Evelyn toleh melihat gerangan yang baru sahaja masuk. Dia kembali memandang Reina yang terlantar diatas katil.
“Doktor bagitahu I yang Reina perlukan rest. Dan doktor nasihat dekat I, Reina perlu jaga pemakanan dia sebab dia gastrik. If not, dia akan sakit..”
“I tak patut beritahu dia pasal sebab King jadi macam ni. Kalau Reina tak tahu mesti keadaan dia tak macam ni. Tak menjejaskan kesihatan dia sendiri,” tuturnya perlahan. Wajahnya jelas menunjukkan dirinya berasa bersalah dengan apa yang dia lakukan.
“It's not your fault, K. King pun tak sedar semua ni berpunca disebabkan dia selamatkan Reina masa dekat Paris dulu. You tak perlu rasa bersalah. Reina pun patut tahu pasal ni dan ya, Reina pun patut tahu semua yang jadi dekat King tak semuanya salah dia,” terang Evelyn ikhlas dari sudut hati. K lebih memilih untuk mendiamkan diri. Dia sedar akan kesilapan dia.
Sama ada dia berterus-terang atau mendiamkan diri kedua-dua pilihan itu akan melukakan hati Reina. Dan ada betulnya apa yang dikatakan oleh Evelyn sebentar tadi. Reina perlu tahu mengenai hal itu juga tetapi tak bermaksud semua yang terjadi pada King berpunca daripada Reina.
Dia berkalih, bahu K ditepuknya lembut seraya satu senyuman diberikan pada jejaka itu untuk menghidupkan suasana.
“So..King macam mana sekarang. Dah stabil?,” soal Evelyn. K masih termenung. Entah apa yang difikirkan jejaka itu pun dia tak tahu. Riak muka kemain stres betul macam dia buat silap besar. Jangan risau lah, K buat benda yang betul dan dia tak salah dalam hal ni. Kenapa perlu rasa bersalah sedangkan dia membuat hal yang sepatutnya dia buat? Jelaskan pada Reina.
“Hey! I tanya you kan? Termenung pulak dia ni,” bahu K ditepuk kasar membuatkan jejaka itu sedar dari lamunannya. Terkebil-kebil matanya berkelip-kelip memandang Evelyn dengan dahi yang berkerut.
Baru tadi tunjuk ayu, terpaksa tunjukkan kekasaran. Habis hilang ayu dia.
“Auch! Sakit lah. Slow-slow lah sikit. Nanti darah macam mana?,” bahu tempat dimana Evelyn pukul dipegangnya. Riak wajah nya persis seakan anak kecil yang sedang marah.
“Mengada. You lah termenung. I cakap tadi dengan you pasal keadaan King sekarang. Dah stabil ke? Takde nya nak darah bahu you tu bukannya I tepuk guna benda tajam ke apa,” cebik Evelyn. Agak tidak puas hati dengan sikap K yang bertukar manja tiba-tiba. Tadi kemain lagi bersikap matang.
Sempat dijeling Evelyn disebelah sebelum dia berdehem membetulkan suaranya.
“King dah stabil dan ada berita baik jugak,” sekilas, wajahnya bertukar serius.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romantizm𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...