Mereka berdua jalan berdendangan tangan ditepi pantai. Untuk seharian dia disini dia tidak langsung sentuh telefonnya. Kalau boleh, dia nak luangkan segala masanya bersama dengan Noah.
Tanpa gangguan kerja, tanpa gangguan media sosial.
“Ayang..” kepala dipanggung sedikit untuk melihat raup wajah Noah. Serta merta Noah menundukkan sedikit tubuhnya cuba menyamakan ketinggiannya dengan Hannah.
“Ye sayang?,” alis matanya terangkat. Menunggu Hannah untuk meneruskan butir katanya.
“Sayang nak tu.....” jari telunjuknya menuding ke arah satu buah gerai kecil yang tidak jauh dari mereka berdua.
“Tu?,” dahi Noah mulai berkerut. Sedikit tidak percaya akan permintaan isterinya.
Hannah angguk mengiyakan bersama kedua-dua mata yang bersinar-sinar. Berharap akan Noah menunaikan permintaannya yang satu itu.
“Boleh?....” matanya mulai main peranan. Berkelip-kelip persis puppy eyes.
“Boleh sayang. Apa tak boleh pula. Tunggu kejap Bie belikan ya. Jangan pergi mana-mana,” ujar Noah bersama senyuman. Sempat dia memberi pesan tegas buat isterinya.
Hannah angguk mengerti.
“Please jangan pergi mana-mana okay dear?,” pesannya sekali lagi.
“Iye ayang. Sayang tak pergi mana-mana. Sayang tunggu dekat sini,” jelas Hannah. Memberitahu akan dirinya tidak bakal kemana-mana mahupun menghilangkan diri tanpa pengetahuan suaminya.
Apa yang nak dirisaukan pun tak tahu lah. Padahal hanya mereka berdua sahaja yang tahu tempat mahupun penginapan mereka disini. Bahkan, tiada orang lain lagi yang tahu akan bulan madu mereka sepanjang mereka berdua di Bali.
Sebaik sahaja memujuk bahawa dia akan baik-baik sahaja bersendiri, Noah mengambil keputusan untuk bersesak-sesak beratur menunggu giliran memandangkan gerai kecil yang dikatakan oleh Hannah ini berkerumun dengan manusia-manusia.
Hannah melabuhkan punggung duduk diatas batu yang tidak rata itu berlapikkan sandal milik Noah.
Belakang tubuh sasa suaminya diperhatikan dari jauh. Dapat dilihat oleh nya akan keadaan Noah yang tidak selesa akan kerumunan manusia yang melaga bahunya.
“Makasih,” ujar seorang penjual wanita itu tatkala menerima bayaran. Noah sekadar mengangguk sebelum berpaling. Retina matanya meliar mencari susuk tubuh isterinya.
Dia keluar dari kerumunan manusia supaya penglihatannya lebih jelas. Hati rasa tak tenteram dek kerana figura isterinya hilang dari radar.
Lantas, telefon dikeluarkan dari kocek seluarnya. Nombor telefon isterinya didail.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Любовные романы𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...