| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 34 |🥀: Italy 🇮🇹

1.7K 76 3
                                    

                    Pelukan bantal panda dieratkan lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelukan bantal panda dieratkan lagi. Kepalanya pula disembamkan pada bantal itu dengan air mata yang sudah bercucuran turun menahan rasa sakit dibahagian bawah perut. Tidak lain tidak bukan, senggugut.

Dan ya, Kak Syaz dan yang lain sudahpun berangkat ke Itali manakala dia dan juga suaminya pula menaiki jet pribadi milik suaminya. Jadinya, mereka berangkat lewat berbanding yang lain. Mujur lah ada Noah disisinya menemani dia disini, kalau tidak sudahpasti flight nya sudahpun terlepas. Tidak pun pasti akan tergesa-gesa nak kemas segala barang-barang nya.

"Sakit sangat?," tanya Noah gusar. Tangan Noah digenggam kuat oleh Hannah seraya dia mengangguk berkali-kali dikala wajahnya masih disembamkan pada bantal panda itu. Kali ini, senggugut yang datang makin teruk yang pernah dia lalui.

"Tunggu kejap Bie ambik minyak angin," ujar Noah berura-ura bangkit bangun. Pegangan tangan isterinya masih tidak dilepaskan.

Tangan Hannah diusap lembut lalu dahi isterinya dikucup penuh kasih. Langkah dibawa menuju ke arah beg bagasi yang berada di loker tempat dimana barang disimpan.

Kotak first-aid dikeluarkan daripada beg bagasi tanpa ragu-ragu. Beg pek pemanas dan juga termos disambarnya setelah kotak first-aid itu dikuaknya. Perlahan dia mengisi air panas daripada termos itu kedalam beg pek pemanas dengan berhati-hati tanpa menumpahkan air tersebut.

Selesai mengisi sehingga penuh, minyak angin dan segala ubat yang diperlukan dibawa bersamanya menghampiri isterinya yang terbaring menahan sakit.

"Selak baju tu Bie sapu minyak angin," pinta Noah sesudah melabuhkan punggung duduk disisi Hannah. Hannah menurut tanpa membantah. Belum sempat dia ingin menyelak sedikit bajunya, tangan Noah menahan membuatkan matanya dicelikkan memandang Noah dengan dahi yang berkerut menahan sakit.

"¿Que están haciendo todos ustedes allí? Quieres que te saque los ojos? Una vez más los veo a todos allí, ino dudarè en sacarles los ojos! (Apa yang kamu semua buat disana? Nak saya cungkil mata kamu? Sekali lagi saya melihat kamu semua disana, saya tidak teragak-agak untuk mencungkil mata kamu!)," tegur Noah dingin apabila anak matanya menangkap beberapa pasang mata yang memerhatikan dia dan juga Hannah. Tajam anak mata hijau-kebiruan nya menyapa setiap wajah pekerja yang bekerja di jet peribadi nya itu.

Bagaikan tidak cukup kaki mereka yang tadinya memerhatikan setiap tindak-tanduk Noah itu berlari meninggalkan ruangan itu setelah mendengar bait-bait kata yang meluncur keluar dari mulut Noah. Sepasang mata yang menggerunkan itu berjaya membuatkan mereka semua menurut. Sekiranya mereka tidak menurut, sudahpasti apa yang diucapkan oleh Noah itu menjadi kenyataan.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now