| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 58 |🥀: Paragliding 🪂

1.1K 68 0
                                    

               Beberapa orang manusia yang sedang melakukan aktiviti di udara itu diperhatikan lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Beberapa orang manusia yang sedang melakukan aktiviti di udara itu diperhatikan lama. Tak semena-mena tubuhnya menggeletar. Peluh sejuk kian terasa. Rasa gentar nya semakin menjadi-jadi. Takut yang benar-benar takut.   

               “Jom sayang?,” alis mata Noah terangkat. Mengajak Hannah untuk ikut serta bersama dengannya melakukan aktiviti paragliding. Tangan isterinya dipegang erat.

               “Tak nak....” Hannah geleng tidak mahu.

               “Jom lah. Best tau naik tu,” ajaknya lagi. Hannah paling tubuh. Dia cuba mengelak dari bertembung mata dengan Noah. Tengok Noah pandang dia dengan pandangan yang sebegitu buat dia serba salah. Bukan bermaksud dia mahu menolak ajakan suaminya tetapi dia sangat-sangat gayat dengan ketinggian. Takut! Meremang bulu roma dia tengok orang-orang yang melakukan aktiviti itu.

Tak takut ke diorang tu? Kalau jadi apa-apa macam mana? Tak sayang nyawa ke? Bermacam-macam perkara negatif yang berlegar-legar didalam kotak fikirannya.

               “Please sayang. Jom? Sayang pun tak pernah lagi cuba. Jom lah jom lah!,” gesa Noah seraya lengan baju isterinya dicuit beberapa kali. Cuba memujuk.

               “Tak nak! Tinggi lah. Kalau jatuh tiba-tiba macam mana? Bahaya. Kalau main benda lain selain ni sayang okay tak ada masalah. But this...em nope!,” sempat dia menggumam sebelum memberi kata putus. Ambil masa yang cukup lama untuk mempertimbangkan keputusan ini.

Demi keselamatan, dia menolak.

Dia sudah lah takut gayat. Kalau tiba-tiba ada masalah teknikal ke apa jadi. Tak ke naya mati macam tu je. Bahkan dia boleh terbayang lagi kalau apa-apa jadi.

               “Jom lah sayang...kita naik sekali je lepastu tak dah. Janji!,” pujuk Noah sekali lagi. Sedaya upaya memujuk Hannah untuk ikut serta dengannya.

               “Tak suka lah. Aktiviti ni bahaya. Dah lah tinggi..” sekali lagi dia menolak. Bagi lah kata-kata manis sekalipun dia takkan termakan dengan butir kata suaminya. No, kali ni takkan!

Dia fobia.

               “Hmm..kalau sayang tak nak, Bie nak sorang je lah,” suaranya dibuat-dibuat seakan-akan merajuk dengan Hannah.

               “Pergi lah,” jawab Hannah tanpa ragu. Perlahan-lahan dia panggung kepala cuba untuk melihat riak muka suaminya.

               “Sure ni?,” tanya Noah untuk mendapatkan kepastian. Cuba lagi kalau-kalau ajakan dia berjaya.

Hannah angguk mengiyakan. Sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya.

               “Sayang tak pergi mana-mana. Sayang tengok ayang dari sini,” ujar Hannah.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now