"Bahhhh!! Berchanndaaa berchandaaa," riak muka Hannah berubah sekelip mata. Terkekeh-kekeh dia tertawa melihat riak muka gusar Noah tika kini. Benar-benar gusar dengan keadaannya.
"Sayang, it's not funny okay? How could you..." Noah tayang riak kecewanya. Kecewa dengan isterinya yang mempermainkan hal sakit yang berlaku sebentar tadi.
Jari-jemari Hannah dileraikan. Benar-benar menunjukkan rasa kecewanya pada Hannah. Riak muka Hannah berubah seratus peratus. Melihat riak kecewa Noah membuatkan rasa serba-salah itu hadir. Dia tahu, guraunya tadi melampaui batas. Semata-mata untuk mendapatkan perhatian Noah.
"Yayangg... sorry.." ucapnya. Tangan Noah disambar. Kepala dipanggung memandang wajah Noah.
"If i did the same like this dekat sayang, sayang suka tak? Sayang suka tengok yayang sakit?," jari jemari Hannah diraihnya. Tumpuannya kini seratus peratus diberikan buat Hannah. Air matanya cuba ditahan sebaiknya. Bait kata yang meluncur keluar dari mulut Noah tadi benar-benar membuatkan kotak fikirannya mula mengimbas kembali saat-saat dia melihat sendiri Noah terbaring dengan hidung yang berlumuran darah.
Tragedi hitam yang tidak dapat dia lupakan.
Hannah geleng perlahan. Melihat raup wajah Noah tika ini yang menatapnya membuatkan Hannah tunduk menekur lantai. Matanya turun melihat jari jemarinya yang diramas lembut oleh Noah untuk mengurangkan suasana yang tegang ini.
"Sama lah macam yayang jugak. Yayang tak nak tengok sayang sakit. Lagi-lagi sayang tengah pregnant sekarang ni. Kalau jadi betul-betul macam mana? Yayang tak kesah kalau apa-apa jadi dekat yayang. Tapi kalau jadi dekat sayang, dekat baby kita?," ayat yang meluncur keluar dari mulut suaminya akhirnya membuatkan tangisannya pecah. Laju airmatanya turun membasahi pipi tatkala mengulang semula ayat yang dilontarkan oleh Noah kepadanya sebentar tadi.
Retina matanya turun memandang raut wajah bersih isterinya yang sedang tidur pulas berbantalkan abdomennya. Sementara tangannya memeluk pinggangnya erat. Tidak membenarkannya untuk bergerak kemana-mana.
Isterinya lebih memilih untuk mendiamkan diri sahaja saat mereka berdua makan malam tidak lama tadi. Langsung tidak bersuara. Bila dipujuk, makin deras lagi airmata turun. Dia pun tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk isterinya. Sampai sembap kedua-dua mata.
Ubun rambut isterinya dielus lembut. Kotak fikiran mula mengingat semula ayat yang dia lontarkan buat Hannah. Tidak dinafikan, dia sendiri tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bersuara akan itu. Sudah pasti butir katanya mengguris perasaan isterinya.
Punat lif ditekan secara rawak. Tiada hala tuju. Hatinya mula gelisah dek kala memikirkan ketiadaan Noah disampingnya. Peluh mula merenek ke pelipisnya.
Noah masih marahkan dia kah? Mana dia pergi?
Ting!
Perlahan-lahan pintu lif dibuka. Kelihatan figura Elisya yang ada dimuka pintu elivator dengan alis mata yang terangkat. Kepala dipanggung sementara tangannya elok memegang telefon ditangan.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
عاطفية𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...