| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 70 |🥀: off to Paris🛬

948 56 2
                                    

             Terpisat-pisat matanya cuba dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terpisat-pisat matanya cuba dibuka. Jam dipergelangan tangan kanannya dikerling sebelum dia menghela keluhan kecil. Masih lama lagi penerbangan mereka dua untuk tiba ke destinasi yang dituju. Perlahan, retina matanya turun melihat suaminya tidur lena dengan merehatkan kepalanya pada bahunya sementara memeluk lengannya dengan erat.

BIP!

BIP!

Kedengaran bunyi hasil dari jam tangan suaminya membuatkan alis matanya terangkat. Tangan suaminya diangkat sedikit untuk melihat jam yang melilit dipergelangan tangan kiri suaminya.

Kelihatan amaran merah berkelip pada skrin jam tangan milik Noah menandakan suhu tubuhnya naik mendadak. Hatinya mula rasa gusar dengan keadaan Noah tika ini. Lantas, belakang tapak tangannya naik menyentuh dahi suaminya.

Panas.

Sepertimana keputusan analisis pada jam tersebut berikan.

"Yayang..." lengan suaminya ditepuk perlahan, cuba mengejutkan Noah dari tidur. Noah tidak bergerak bahkan memberikan sebarang respon membuatkan hatinya semakin gusar.

"Yayang, bangun lah. Badan yayang panas ni," kali ini, lengan baju suaminya ditarik untuk beberapa kali membuatkan Noah mengerutkan dahinya.

"Mhm..." dia menggeliat kecil. Lambat-lambat dia panggung kepala bersama kerutan didahi. Matanya terasa berat untuk dicelikkan.

"Yayang makan sikit nak? Lepastu makan ubat. Badan yayang panas sangat ni. Demam," ujarnya. Riak muka gusarnya tidak dapat disorokkan lagi. Jelas yang kini benar-benar risau akan keadaan dan juga kesihatan suaminya.

"Noo... don't want..." dia geleng kepala berulang-kali tanda tidak mahu sebelum kembali merehatkan kepalanya kebahu Hannah.

"Yayang jangan lah degil macam ni. Makan sikit ya? Semalam lagi yayang tak makan sibuk dengan work lepastu fly terus sini. Makan lah sikit isi perut tu. Lepastu makan ubat. Okay, yayang?," gesa Hannah. Suaminya langsung tidak mahu makan dari semalam untuk menyelesaikan semua kerja-kerja di hotel semata-mata untuk ikut sama menemaninya berangkat ke kota Paris atas urusan kerjanya. Degil.

"Mmm... promise me, sikit je," ujarnya pelan. Matanya masih terasa berat untuk dibuka. Ingin sahaja dia berehat tetapi dia tahu isterinya tetap akan menggesanya untuk makan mengisi perutnya yang kosong.

"Iya, yayang. Promise. Makan sikit je lepastu makan ubat. Lepastu rest okay, yayang?," Noah angguk pelan, setuju.

Sepanjang perjalanan mereka didalam kapal terbang dan juga didalam kereta, Noah tidur tanpa melepaskan pelukan pada lengannya. Mereka sudahpun tiba di kota Paris kira-kira dua puluh minit yang lalu. Sebaik sahaja tiba, beberapa orang lelaki bersut hitam menunggu mereka dilaluan keluar dari gerbang pintu lapangan terbang.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now