Tempoh enam bulan berlalu dengan pantas. Dia kini sarat mengandung dengan kandungannya kini berusia sembilan bulan. Perutnya kini sudah jelas kelihatan. Sukar untuknya bergerak kemana-mana lagi dengan keadaan usia kandungannya yang kini sarat.
Kedengaran bunyi pintu jendela dikuak membuatkan lamunannya terus terhenti. Dia terus berpaling untuk melihat figura itu. Melihat sahaja figura suaminya menghampiri kearahnya bersama selimut ditangan, secara tidak langsung dia mengulum satu senyuman.
"Sayang? Kenapa duduk luar sorang-sorang ni? Nanti demam macam mana?," ujar Noah seraya selimut ditangannya tadi menyelimut tubuh isterinya. Raut wajahnya kini jelas terpapar riak gusar terhadapnya.
Dia terus melutut dihadapan isterinya memandangkan isterinya kini sedang duduk di satu kerusi yang diletakkan di balkoni villa mereka. Jari jemari isterinya diramas perlahan seraya anak matanya redup menatap wajah isterinya.
"Jom masuk dalam sayang? Dekat luar ni sejuk. Masuk angin nanti," pesan Noah lembut. Mata Hannah turun menekur lantai.
"Kenapa ni, sayang? Ada masalah ke? Cuba cerita dengan yayang boleh, sayang?," ujarnya lembut seraya jari-jemari isterinya diramas pelan. Cuba menenangkan suasana hati isterinya tika ini.
"Tengok, kaki sayang dah gemuk. Sayang dah gemuk. Sayang dah tak larat nak jalan," ujar Hannah perlahan dengan kepala yang masih tunduk menekur lantai, melihat sepasang kakinya yang sudah gemuk.
"Sayang...sayang tak gemuk, tahu? Sayang tengah bawa kembar kita dua ni dalam ni. Sayang tak gemuk tapi baby twin kita yang gemuk sebenarnya sayang," terang Noah. Tak semena-mene Hannah panggung kepala sebelum bahu suaminya ditampar lembut. Awal tadi kedengaran serius, bila dengar ayat nak habis tu terus tak jadi dia nak sedih.
"Eeee...yayang ni kan! Suka tau main-main," Hannah tayang memek muka marahnya. Noah apa lagi, tertawa besar dia melihat raut wajah isterinya sudah merona merah menahan amarah.
"Sayang, yayang tak main-main. Betul lah yayang cakap. Nanti baby twin kita dah lahir, sayang kurus balik. Trust me. Berat badan sayang susah tau nak naik. Lepas sayang bersalin nanti badan sayang back to normal macam dulu. Siapa yang cakap sayang gemuk tu? Meh sini jumpa yayang," jelas Noah panjang lebar. Menerangkan dan cuba sehabis baik untuk meyakinkan isterinya soal perihal ini.
"Yayang cakap," celah Hannah. Matanya dikecilkan sementara memandang suaminya dengan rasa tidak puas hati. Tak cakap dia gemuk tapi cakap bayi kembar dalam perutnya ni gemuk. Sengaja nak mengusik dia!
"Bila yayang cakap?," soal Noah kembali. Seolah-olah tidak tahu mengenai hal itu. Dia tayang muka tidak bersalahnya.
"Tadi," balas Hannah pendek.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romantik𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...