| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 41 |🥀: Pengsan

1.5K 98 24
                                    

               Terketar-ketar tangannya turun menyentuh lengan Noah yang berlapiskan kain fabrik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terketar-ketar tangannya turun menyentuh lengan Noah yang berlapiskan kain fabrik itu. Perlahan dia cuba menolak sedikit agar dapat melihat wajah Noah dengan jelas.

Tubir mata mula mengalir perlahan-lahan dek kerana melihat tubuh kaku suaminya terbaring tidak sedarkan diri. Bahkan, darah yang keluar daripada hidung suaminya tidak henti-henti mengalir mencecah lantai.

"Bie..." serunya tersedu-sedan. Berkali-kali dia memanggil, sekalipun tidak menyahut.

Seminit.

Dua minit.

Ting!

Tepat jam dua belas pagi deringan bunyi notifikasi dari telefon milik suaminya tidak henti-henti masuk.

Telefon milik Noah yang berada tidak jauh darinya disambar oleh nya. Satu per satu pesanan ringkas daripada kenalan-kenalan terdekat dan juga keluarga dibaca olehnya.

'King! Happy belated birthday'

'King! Happy belated birthday'

Pesanan ringkas pertama yang dihantar oleh K dan juga Lee dibacanya. Kedua-duanya copy paste ayat yang sama.

'Hbd'

Pesanan ringkas ketiga dibaca. Ringkas yang betul-betul ringkas persis tidak ramah. Siapa lagi kalau bukan Carl.

Matanya turun membaca pesanan ringkas seterusnya. Makin berjurai air mata dek kerana ucapan selamat ulangtahun daripada adik iparnya dan juga ibu mertuanya. Tidak ketinggalan umi juga tidak lupa memberikan ucapan selamat buat Noah.

'Happy birthday abang! Hope your are doing well in KL with Kak Hannah. Yelah! Orang tu dah ada ayang dia kan, boleh sambut birthday together dah. Kita - kita ni mana nak heran dah'

'Selamat ulang tahun untuk anak Mama sorang ni. Mama harap sambutan ulang tahun Noah bersama Hannah jadi bermakna buat Noah. Jam 9 malam, mama dah tempahkan makan malam sebagai hadiah daripada mama. Jaga diri, jaga kesihatan ya. Kalau tak sihat, terus inform dekat Hannah'

'Sannah Halwah, Noah. Umi doakan Noah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ye. Bagi nasihat sikit dekat anak umi tu untuk luangkan masa untuk sambut ulangtahun Noah harini. Bagitahu dia, spend masa sikit dengan suami. Jangan sibuk kerja sahaja'

Retina matanya kini beralih memandang Noah yang masih tidak sedarkan diri. Tangannya masih terketar-ketar.

_____

Kaedah cpr dilakukan kira-kira hampir tujuh minit.

Keadaan sekeliling menjadi haru-biru dengan suara-suara manusia yang berada didalam ruangan bilik icu.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now