| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 50 |🥀: Kampung

1.3K 97 3
                                    

              Figura dua manusia yang baru sahaja keluar dari bilik diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Figura dua manusia yang baru sahaja keluar dari bilik diperhatikan. Pakaian yang serba biasa memandangkan cuaca di kampung yang panas.    

              “Nak pergi mana malam-malam ni?,” tegur suara itu. Hannah dan Noah masing-masing panggung kepala.

              “Adik ajak Noah pergi pasar malam, yah. Ayah dengan umi nak kirim apa-apa tak?,” tanya Hannah. Noah disamping sekadar mempamerkan senyuman nipis.

              “Beli lah apa-apa. Umi dengan ayah makan. Hati-hati pergi sana. Kat pasar malam tu ramai orang,” pesan Puan Sarrah.

              “Baik, umi,” ucap Noah. Tangan dihulur untuk menyalam tangan tua umi dan juga ayah Hannah.

Kerumunan manusia-manusia yang berada tidak jauh dari mereka diperhatikan. Memang betul kata umi tadi. Ramai orang.

Dari jauh dapat dia rasakan didalam kerumunan manusia yang terasa sesak. Dengan bau peluh manusia. Oh tidak! Tidak pernah dalam sejarah dirinya melalui semua ini.

              “Ramai nya orang, sayang. Jom lah balik,” lengan isterinya ditarik. Hannah toleh belakang, melihat Noah yang berlindung dibelakangnya.

              “Biasa lah ayang. Pasar malam, mestilah ramai orang. Kalau kita dua je dekat pasar malam tak ke pelik?,” lengan Noah diusap nya lembut, cuba memujuk Noah untuk menemaninya.

Mata Noah turun. Senyuman nipis Hannah untuknya membuatkan dia tidak dapat bertahan. Ni tak boleh ni. Bab pujuk-pujuk ni sah dia akan kalah!

Akhirnya Noah mengalah. Dia ekori sahaja langkah Hannah masuk ke dalam kerumunan manusia dimana kedai-kedai tepi jalan menjual berbagai-bagai makanan dan juga pakaian.

Noah mengecilkan dirinya. Setiap langkah dia berjalan sudah pasti manusia yang berada disekelilingnya bersesak-sesak melaga bahunya. Rasa kurang selesa, itulah yang dia rasakan.

Dengan asap debu yang terhasil membuatkan matanya sedikit kabur. Semuanya disebabkan satay bakar!

Hannah mengekek ketawa melihat Noah yang disampingnya memegang erat lengannya seakan-akan anak kecil bersama ibunya. Dengan tubuhnya yang tinggi tertunduk-tunduk cuba menyamai ketinggian Hannah.

              “Ayang nak satay tak?,” tanya Hannah. Laju Noah menggeleng tidak mahu.

Hey, disebabkan satay ni lah mata dia ni tak boleh nak buka tahu? Sebab asap-asap tu lah.

              “Tak nak? Serius lah tak nak? Sedap tau...” Hannah cuba untuk memancing Noah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Noah masih pamerkan riak muka tidak mahunya.

Langkahnya dibawa mengikuti Hannah ke gerai satay yang dikatakan oleh Hannah. Mahu tak mahu juga isterinya pergi juga ke gerai tu. Dengan wajah paksa relanya dipamerkan.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now