| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 08 |🥀 : Mamak 🫓

5.7K 247 5
                                    

               Zip beg bagasi miliknya ditutup kemas setelah memasukkan kesemua pakaian yang dipilihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Zip beg bagasi miliknya ditutup kemas setelah memasukkan kesemua pakaian yang dipilihnya. Tak lupa juga dia masukkan barang pribadi nya. Hannah lekas bangun. Beg galas dan handbag yang berada di birai katil disambarnya. Barang-barang yang berada didalam begnya di cek untuk kali ketiga. Mungkin dah masuk empat kali dia cek? Risau jikalau ada barang penting yang tertinggal. Karang tertinggal, jenuh nak balik Kedah balik. 

Setelah diperhati kesemua barang sudah cukup, kedua beg itu diraihnya. Tak lupa juga beg bagasinya. Dengan senyuman yang terukir di bibirnya, dia keluar dari bilik tidurnya. 

               “Dah dah la tu senyum tu. Hari tu kemain nangis,” Puan Sarrah bersuara. Terus mati senyuman Hannah dek kerana terima usikan uminya. Sejak last Noah datang rumah dengan keluarga dia, masuk minang dia, uminya kuat betul mengusik dia. Wajahnya dimasamkan. Beg galas nya diletakkan diatas beg bagasinya. Dia kemudiannya duduk bersebelahan uminya.

               “Hah, monyok dah muka. Umi baru usik sikit,” sambung Puan Sarrah lagi setelah melihat anak perempuannya itu sudah memasamkan muka.

               “Awal lagi ni. Bukan semalam adik kata kat umi pukul 4 ke Noah datang ambil?,” tanya Puan Sarrah. Sempat dia mengerling ke arah jam yang melekat di dinding ruang tamu. Sekarang baru masuk jam 3 petang.

Hannah hanya menggumam, menjawab soalan umi nya. Masih lagi merajuk. Sebelah tangannya disilangkan dan sebelah lagi memegang telefon. Matanya tertumpu pada skrin telefon. Ibu jarinya lincah menekan-nekan skrin telefon membelek laman instagram miliknya.

               “Ni dari semalam umi nak tanya. Si Noah tu memang tak makan ikan ke?,” mendengar persoalan berkaitan Noah dari umi nya terus Hannah mematikan telefonnya. Telefon diletakkan di sisinya dan kini, kedua tangannya disilangkan.

               “Hmmm... Adik pun tak tahu. Hari tu masa adik pergi rumah mama dia, dia makan pulak ikan,” berkerut kening dia bila cuba memikirkan kembali hal itu. Puan Sarrah sekadar mengangguk mendengar penjelasan anaknya.

               “Ni siap awal ni barang semua dah ada ke? Jangan tertinggal barang lagi. Nanti karang umi pula jadi mangsa. Tengah malam call umi tanya barang yang tertinggal,” bebel Puan Sarrah pedas. Bukan sekali dua dia tertinggal barang. Dah masuk banyak kali dah. Umi nya pun dah penat dengan sikap anaknya yang cuai dan pelupa itu.

               “Dah umi. Dah banyak kali double check,” jawab Hannah. Matanya kini tertumpu pada skrin televisyen yang sedang menayangkan drama Korea, Goblin.

               “Eloklah kalau macam tu. Kalau tertinggal jugak, tak tahu umi nak cakap apa lagi dah,”

               “Ye umi. Semua barang dah cek. Semua ada. Umi jangan risau,” selah Hannah. Matanya tidak berkalih menonton drama yang disiarkan di TV. Jarang sekali dapat tengok TV. Kalau kat KL sana selalu sibuk. Balik pun selalu malam. Kadang perlu photoshoot di luar negara. Menyesal? Tidak mungkin. Itu impian dia untuk menjadi model dari kecil. Dan ya! Impian dia sudahpun tercapai.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now