| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 06 |🥀 : Demam

6K 275 20
                                    

                 Hujan lebat membasahi kota KL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 Hujan lebat membasahi kota KL. Berkali-kali kedengaran bunyi dentuman guruh. Hannah berlindung dibawah pintu masuk bangunan gah tempat dia bekerja. Sudah lama dia menunggu abangnya untuk menjemput dia pulang tetapi masih tidak muncul.

Matanya ralit menghadap telefon ditangan. Seketika, seseorang muncul disebelahnya bersama payung ditangan.

Hannah mendongak, cuba untuk melihat siapa gerangan yang berada disebelahnya. Bebola mata hazelnya bertembung dengan bebola mata hijau kebiruan milik Noah membuatkan dia terkedu. Setelah tiga bulan dia menunggu jejaka itu, dan akhirnya 'dia' muncul. Terubat rasa rindu dihati.

               “Jom. I hantar you balik,” Hannah mengangguk. Nak tunggu abang dia amik dia sampai ke sudah dia menunggu. Hujung bahu Hannah diraihnya agar dekat dengannya. Payung yang dibawa Noah dipayungkan lebih kepada Hannah. Tidak peduli langsung dengan bajunya yang sudah lencun dek terkena hujan.

Pintu sebelah pemandu dibukanya. Sebelah tangannya diletakkan di atas bucu kereta untuk mengelakkan kepala Hannah terhantuk.

Payung diberikan kepada Hannah tanda menyuruhnya pegang. Hannah hanya menurut. Tali pinggang dipakaikan ke pinggang Hannah. Payung yang dipegang Hannah tadi bertukar tangan.

Setelah dia menghantar Hannah ke dalam perut kereta, kakinya diatur ke pintu kereta bahagian pemandu. Payung di tutupnya kemas dan dia masuk ke perut kereta.

Aircond kereta diturunkan. Satu kain fabrik yang berada diatas dashboard diambilnya. 

Tak lepas matanya melihat gerak geri jejaka itu. Kain fabrik yang diambil oleh Noah tadi diberikan kepada Hannah tanpa sepatah kata.

Dingin sahaja riak wajah Noah membuatkan Hannah merasa lidahnya kelu untuk bicara.

Kereta Lamborghini Harucan nya meluncur laju meninggalkan bangunan gah, tempat dimana Hannah bekerja.

Sekarang, hanya kedengaran bunyi lagu dari radio dimainkan. Masing-masing diam tak bersuara. Dengan cuaca yang sedikit sejuk dek kerana hujan membuatkan mata Hannah semakin layu. Layu matanya  memandang ke luar tingkap dan akhirnya dia lena.

Sisi cermin kereta sebelah pemandu dikerling. Perlahan radio ditutupnya. Dan kecerahan dari skrin keretanya diturunkan. Pabila kereta diberhentikan seketika dek kerana lampu isyarat yang merah, dia menekat satu punat kecil lalu seat sebelah pemandu diturunkan secara perlahan-lahan. Dengan niat mahu membuat gadis di sebelah itu lebih selesa.

Lama memandu, akhirnya tiba di perkarangan rumah teres Hannah. Sesekali Noah menjenguk ke luar tingkap kereta melihat rumah tersebut.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now