Troli diberhentikan tepat dibelakang troli yang dibawa oleh Noah. Diikuti dengan troli yang dibawa Hans. Dia menunduk, mengeluarkan satu per satu barang dari troli. Tidak lupa juga dengan makanan basah. Langsung dia tidak menyedari anak buahnya sudah beratur di belakang troli dia.
Dompet dikeluarkan dari kocek seluarnya. Berura-ura mahu membayar.
“Cash or credit card?,” tanya jurukaunter yang menjaga bahagian kaunter itu.
“Cash,” jawab nya tanpa ragu-ragu. Barang-barang yang dibelinya itu dimasukkan kedalam kotak. Jenuh juga nak masukkan barang-barang semua ini. Nak buat macam mana lagi, yang nak makan bukan hanya dia seorang. Nyamuk yang tinggal serumah dengan dia perlu diberi makan juga.
Beberapa wang kertas dikeluarkan dari dompetnya. Sudah tiba masa untuk membayar. Seketika, dia menoleh ke belakang. Mika sudah tersengih menampakkan susunan gigi yang tersusun rapi. Begitu juga Hans dan juga yang lain. Hannah hanya tercegat disitu. Dia nak bayar, tak boleh. Beg tangannya masih berada pada Noah.
“King...” anak mata kelabu Mika turun memiliki ke arah barang yang berada didalam trolinya. Hannah berkalih, melihat Mika yang berada di sebelahnya. Perlahan, dia mendekati jejaka tampan itu.
“Bukan awak kata awak nak bayar ke?,” tuturnya perlahan seakan berbisik. Noah tersenyum senget melihat isterinya berbisik dengan Mika itu.
Ya, memang dia tidak dapat dengar kerana jarak yang sedikit jauh tetapi dia boleh baca bibir orang. Jelas, dia boleh tahu gerak bibir Hannah yang sedang berbisik itu.
“Yang nak keluar duit sebenarnya bukan I. Your husband sebenarnya. Dia yang ajak datang sini jadi dia lah yang bayar. You jangan risau, duit dia takkan habis punya,” terangnya memberitahu. Sempat dia melaga bahunya pada bahu Hannah yang berlapiskan kain fabrik itu.
“Psstt... betul tu, Reina. Duit husband you berkepuk. Sampai generasi dia ketujuh pun duit dia takkan habis,” pangkas Hans yang hanya berada dibelakang mereka berdua. Cukup dapat didengari oleh mereka perbualan dua orang manusia yang berada dihadapan mereka.
“Sampai macam tu sekali?,” soal Hannah seakan tidak percaya akan kata-kata Mika dan juga Hans itu.
“Ye, betul. Tapi I rasa la kan, nanti harta dia tu dia bagi semua dekat you sebab dia terlalu sayang sangat dengan you, you tahu?,” sambung Hans, memberitahu.
“Serius lah? Senang sangat tu cara nak jadi kaya,” Hannah berseloroh.
“Betul lah, I tak tipu,” beritahu Hans dengan yakinnya. Noah yang mendengar dari awal perbualan anak buah nya bersama Hannah menerusi gerak bibir mereka hanya sekadar memerhati. Menunggu masa untuk dia bersuara.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...