Nafas ditarik dan dihembus berulang kali. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas dek kerana diarahkan oleh King untuk bermain Basketball. Peluh yang merenek di dahi dilapkan dengan kain tuala yang dia bawa.
Kalau tengok keadaan sekarang ini, nampak seperti mood King mereka dalam keadaan yang kurang baik. Jam besar yang berada di dinding gelanggang itu sudahpun menunjukkan jam 2:30 pagi, masa Itali. Kira-kira, permainan kali ini sudah memakan masa 4 jam kalau ikut masa bermula mereka memulakan permainan.
Botol air mineral yang berada berhampiran beg galasnya disambar. Air itu diteguknya rakus sehingga menghabiskan sisa baki minuman itu. Selang berapa minit dia merehatkan diri, Lee datang menghampiri dengan tubuh yang basah dek peluh. Baju jersey berwarna hitam, lengan pendeknya pun sudah lecun dengan peluh.
Satu lagi botol mineral disambar oleh K lalu memberikannya pada Lee. Ye lah, alang-alang tempat air mineral yang disediakan itu dekat dengannya, dia ambil berikan pada Lee.
“그 사람 피곤하지 않아? 그들은 그 이후로 쉬지 않고 놀고있다. (Diorang itu tidak penat kah? Sudah dari tadi mereka bermain tanpa berehat),” ujar Lee dengan nafas yang tercungap-cungap. Huluran botol air mineral ditangan K disambut kemudian penutup botol air dibuka. Sudah tidak dapat lagi dia menahan rasa dahaga. Sekilas, dia meneguk air mineral sehingga habis.
“아마 그들에게는 아닐 것이다 (Mungkin tidak bagi mereka),” jawab K. Teringat pula kali terakhir mereka semua bermain Basketball dulu. Mungkin 5 atau 6 bulan yang lalu? Dimana mereka semua tumbang setelah 7 jam bermain tanpa berehat. Berhenti sekejap pun tidak dibenarkan. Ini mungkin sebab yang sama seperti yang berlaku tika dulu. Berkemungkinan atas sebab Reina yang membuat King mereka sebegitu. Hari ini sahaja sudah masuk berapa kali semua benda yang mereka lakukan semua tak kena.
“Reina. Todos lo necesitamos ahora (Reina. Kita perlukan dia sekarang ni),” pangkas Hans dengan tubuh yang tertunduk. Nafasnya pula agak tidak teratur dek kerana lelah. Serentak, K dan Lee memandang ke arah satu suara yang baru sahaja bersuara sebentar tadi. Terperanjat jugak sebab tiba-tiba saja Hans menghampiri mereka berdua. Tadi perasan tengah sibuk bermain di gelanggang bersama yang lain. Tiba-tiba pulak ada dekat sini.
Melihat keringat pada wajah Hans yang sudah basah dek peluh, K mengambil satu lagi botol berisi air mineral. Dia menghulurkannya pada Hans.
“Creo que el único que piensa que necesitamos a Reina (Aku fikir aku sorang sahaja yang fikir kita perlukan Reina),” ungkap Lee. Dia mencapai beg galas milik nya untuk mendapatkan kain tuala. Dengan niat ingin mengelap peluh yang masih merenek di wajahnya. Kain tuala dikeluarkan dari beg galasnya sesudah jumpa.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...