| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 36 |🥀: Dalam diam

1.5K 74 2
                                    

Ting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting!

Kedengaran bunyi notifikasi masuk membangkitkan Evelyn daripada terjaga dari tidurnya. Terpisat-pisat matanya dek kerana menerima sinaran cahaya hasil dari telefon yang bernyala tepat-tepat dihadapan wajahnya.

Spontan, daripada tubuh yang selesa terbaring terus dia bangkit duduk. Mata dicelikkan cuba untuk mengenalpasti waktu yang tertera di telefonnya.

New message.

Laju ibu jarinya menekan notifikasi yang baru sahaja yang diterimanya itu.

"Abre la puerta (Buka pintu)," terpinga-pinga Evelyn dikala membaca pesanan yang diterima nya itu.

"Pintu mana? Reina dengan I dekat hotel. King, you lupa ke?," pesanan itu dihantar. Sempat dia menggelengkan kepalanya sebelum kembali membaringkan tubuhnya ke tilam.

Dikerling seketika sebelahnya. Selamat. Reina masih tidur. Mata dilelapkan sementara fikirannya cuba menolak tepi akan pesanan ringkas yang diterimanya sebentar tadi.

Mana tidaknya, jam empat pagi sekarang ini. Apa King tak tidur ke apa pagi-pagi buta ni?

Tidak sampai berapa saat dia memejamkan mata, telefonnya sudah berdering minta diangkat.

"Apa benda ni... Boleh tak bagi I tidur dengan tenang," omel Evelyn dengan matanya yang masih tertutup. Sambil-sambil itu, tangannya mencapai telefon yang berada didalam comforter.

Hannah menggeliat kecil tanda terganggu. Dengan riak muka yang tidak cukup tidur, telefon ditekapkan ke telinga sesudah jarinya dilecetkan ke kanan untuk menjawab panggilan tersebut.

"Ya, i know. Please jangan call I lagi. You tahu kan? Kejap lagi I kena bangun siapkan breakfast untuk Reina. Can you please bagi I masa sekejap je untuk I lelapkan mata..." ujar Evelyn seraya mata dilelapkan. Sungguh penat.

"Bukak pintu sekarang. Aku dah ada dekat depan bilik hotel," arah satu suara yang samar-samar tetapi dalam pada masa yang sama, dia kenal suara itu.

Automatik, mata terus tercelik pabila suara yang dikenali itu dihadam dengar sebetul-betulnya. Kelihatan nama yang terpampang luas di skrin telefonnya membuatkan dia tergesa-gesa berlari ke arah kamar pintu bilik hotel. Bagaikan lipas kudung dia berlari, dengan rambut serabainya, penampilan yang agak kosot, dan lagi satu, tidak serupa nama Evelyn.

Telefonnya pula sudah ditinggalkan nya diatas katil semata-mata ingin meluru ke arah pintu.

Kamar pintu dibuka dari dalam membuatkan anak mata hijaunya melihat seorang figura manusia yang dikenalinya itu sudah berada dihadapan pintu dengan pakaian yang lengkap untuk bekerja. Ditangannya pula menjinjing beg kertas.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now