| 𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆 |

9.4K 413 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


               “Rindunya dekat Mika, dah lama tak jumpa dia,” Hannah bersuara, menghilangkan suasana yang hening. Noah yang tadinya sibuk dengan telefon nya menoleh memandang Hannah. Tak semena-mena, jelingan tajam diberikan tepat kepada Hannah. Ya, cemburu.   

Hannah menyisip susu coklat perlahan. Sempat matanya menancap jelingan maut Noah. Noah bangun dari sofa. Dapur tempat ditujunya.

Hannah mengekek ketawa melihat reaksi yang diterima oleh suaminya. Dia cuma sekadar mahu mengusik sahaja tak tahu pula suaminya itu ambil serius. Takkan dengan Mika, kucing kesayangannya yang berada di kampung pun nak cemburu?

Ya, Noah, suaminya. Sejak kali pertama jumpa bukan main lagi layan macam tak layan dia. Tetapi sejak dia melamar Noah dan kahwin, sikap jejaka itu berubah menjadi tiga ratus enam puluh darjah. Nak cakap kenal ke tak, dia sendiri pun macam tak kenal. Lepas kahwin, Noah jadi manja, clingy dengan dia! Bahkan kemana dia pergi, dia nak ikut. Ha, pastu dengan kucing pun dia nak cemburu kenapa? Ya Allah!

Noah datang bersama bekas aiskrim ditangan. Begitu juga sudu. Dia menjeling tajam kearah Hannah sebelum mengambil tempat, duduk disebelah Hannah.

Aiskrim disuakan kedalam mulut. Eloklah tu makan aiskrim. Dengan wajah beku ketatnya tak boleh dipisahkan. Boleh lah berkawan dengan aiskrim tu.

Skrin TV yang besar itu menjadi tumpuannya. Hannah disebelahnya langsung dia tidak ambil peduli. Perasaan cemburu masih lagi terlekat dalam dirinya.

               “Nak sikit,” pinta Hannah. Ingin merasa aiskrim yang dibeli oleh Noah sendiri. Kalau bab aiskrim susah betul nak berkongsi. Pentingkan diri betul!

Noah bergerak ke tepi, menjauhi isterinya. Wajahnya kemain lagi dimasamkan.

               “No. Tak boleh,” ujarnya. Kedua tangannya memegang kemas bekas aiskrim. Hampir nak tergelak Hannah melihat wajah Noah tika ini. Nampak comel, dengan bekas aiskrim di tangan. Seperti kanak-kanak kecil tidak mahu berkongsi aiskrim.

               “Alaaa.. Bolehlah. Nak rasa sikit je,” Hannah membuat memek muka. Punggungnya bergerak mendekati Noah seiring wajahnya. Tubuh Hannah yang semakin mendekati dia langsung dia tidak sedari. Melihat memek muka isteri tersayangnya itu betul-betul buat dirinya kaku tidak bergerak.

Sudu yang berada ditangan Noah perlahan-lahan diraihnya. Kemudian aiskrim disuakan kedalam mulutnya.

               “Emm.. Sedap,” luahnya.

               “Nak lagi boleh?,” pinta nya. Kesemua aiskrim yang dibeli oleh Noah semuanya sedap belaka. Tak pernah tak sedap. Memang kena dengan selera dia. Noah tersentak dari lamunannya. Bekas aiskrim diberikan kepada Hannah dan dia naik ke bilik.

Ekor matanya melihat figura Noah yang semakin hilang dari pandangan.

Hannah tertawa kecil.

               “Merajuk lagi lah tu,” monolognya Hannah seorang diri kemudian aiskrim disuakan kedalam mulutnya.

_____________________
[𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐔𝐄]

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now