| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 64 |🥀: Surprise🫧

994 59 10
                                    

               Bahu Evelyn dikoncang untuk beberapa kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahu Evelyn dikoncang untuk beberapa kali. Mahu terganggu tidurnya dek kerana dipaksa oleh Reina untuk bangun. Mata yang terasa berat sebaik yang mungkin cuba untuk buka. Dia mengecilkan mata seraya mengerutkan dahi.

"Evelyn bangun lahh!!," gesa Hannah seraya mengoncang bahu Evelyn.

Dengan kantuk yang masih tersisa, dia bangkit bangun dari tidurnya lalu menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.

"You tak boleh tidur ke, reina? Meh sini i dodoikan you tidur," matanya dipejam kemudiannya ribanya ditepuk sekali dua memberikan isyarat buat Hannah untuk merehatkan kepala diatas ribanya.

"Tak nak! Saya tak nak tidur. Evelyn, saya nak aiskrim!,"

"Reina cuba you tengok jam sekarang dah pukul berapa? Dah malam ni mana ada kedai bukak," ujar Evelyn dengan mata yang masih terpejam rapat. Sikit sahaja lagi, dia lena kalau Reina tak ajak dia bergaul sama.

"Tak nak! Saya nak aiskrim jugak! Evelyn bangun lahh!!!," gesa Hannah tidak mahu mengalah sekalipun.

"Mhm mhm.." Evelyn angguk pelan.

"Tak pe lah. Awak tidur lah. Biar saya pergi cari sendiri,"

"Mhm pergilah. Kalau ada kedai bukak malam-malam macam ni roger I tau," ujar Evelyn dalam mamainya.

Klak!

Kedengaran bunyi daun pintu ditutup membuatkan matanya serta-merta dicelikkan.

"Reina kejap! Bagi i cuci muka kejap! Tunggu!," jeritnya sebelum bangkit turun dari katil. Bagaikan lipas kudung dia berlari keluar dari bilik tidur untuk mendapatkan Hannah.

Memang buat kerja gila malam-malam buta ni cari aiskrim. Nasib baik lah Reina ni isteri majikan dia kalau tak memang dia bantai sahaja tidur!

Kedua-dua tangannya disilangkan kedada dengan riak muka rajuknya. Mana tidaknya, sudah sepuluh minit dia disidai oleh Evelyn sorang ni gara-gara memaksanya untuk menunggu K dan juga Lee terlebih dahulu dengan alasan agar keselamatan dia lebih aman. Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya ada apa-apa berlaku jikalau mereka berdua pergi berdua.

               "Jom je lah, Evelyn. Tak payah tunggu diorang," gesa Hannah dengan bibir yang mencebik. Entah berapa lama dia perlu tunggu untuk dapatkan hanya satu aiskrim sahaja.

               "Sabar lah kejap, reina. I call K banyak kali tak jawab pulak dia," ujar Evelyn seraya menekan punat telefon sebelum telefon ditekapkan ke telinga.

               "Dia tidur tu. Tak payah lah kacau dia. Kita pergi dua je,"

               "Habis you kacau i tidur boleh pulak. Tak de tak de. Diorang kena join kita sekali," carian nama ditelefon ditukar. Kali ini nama Lee menjadi target untuk dia dail. Dari tadi dia call K tak jawab jadi terpaksa dia call rakan jejaka itu yang lagi sorang. Hati memohon untuk jejaka itu menjawab panggilan telefonnya.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now