| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 51 |🥀: Risau

1.3K 87 3
                                    

              Kelopak mata dicelikkan perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Kelopak mata dicelikkan perlahan-lahan. Matanya turun melihat Hannah yang memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. Tak semena-mena dahinya berkerut. 

Rambut hazel yang menutup separuh wajah isterinya dibawa ke belakang telinga. Lena tidur isterinya sehinggakan apa yang dia lakukan sekalipun tidak mengejutkan Hannah dari terjaga. Sebaliknya, mengeratkan lagi pelukan.

Dia cuba mencuri lihat wajah isterinya sekali lagi. Hanya dalam beberapa saat, tak semena-mena perbuatannya yang satu itu mengejutkan isterinya yang lena tidur sebentar tadi.

Cepat-cepat Noah pejam mata. 

              “Ayang dah bangun?,” tanya  Hannah dengan kedua-dua matanya dikecilkan.

Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Dia menoleh lalu kepala diangkat sedikit memandang Hannah.

Hannah bangkit bangun dari pembaringan. Tangannya naik menyentuh dahi suaminya. Hampa, suhu tubuh badan suaminya masih panas.

              “Makan ubat jom, ayang. Ayang demam ni,” nada suaranya turun. Noah menurut. Dia turun bangkit bangun dari pembaringan.

               “Kejap. Sayang pergi ambil air. Ayang jangan tidur balik tau,” ujar Hannah. Tangannya menggenggam erat tangan Noah dengan harapan Noah menurutkan kata-katanya tadi.

Noah angguk mengiyakan. Tanpa aba-aba, pipinya disapa kedua-dua telapak tangan isterinya. Diusap lembut kedua-dua pipi suaminya sebelum dia bangkit bangun mengorak langkah keluar daripada bilik.

Matanya kini melihat tingkah isterinya yang sedang mendapatkan ubat diatas almari kecil bersebelahan katil tidur.

Dipicit, satu per satu biji pil dikeluarkan. Tingkah isterinya masih diperhatikan olehnya. Ya, kuantiti ubat untuknya sememangnya banyak. Itu belum campur lagi ubat demam yang dikatakan isterinya.

Sebaik sahaja kesemua pil ubat sudah dikeluarkan, gelas berisi air kosong yang dihulurkan oleh Hannah diraihnya. Kesemua biji pil kini bertukar tangan lalu disuakan ke dalam mulut sebelum air disisipnya.

Disisipnya sehingga menghabiskan sisa baki air kosong itu.

Sesuai itu, matanya tidak lepas memandang Hannah yang sedang meraih satu kotak segi empat. Pek cool fever yang melekat pada dahinya dicabut perlahan-lahan oleh Hannah untuk ditukar dengan baharu.

              “Tidurlah, ayang. Rehat. Kalau ada sakit apa-apa bagitahu sayang tau,” pintanya. Kali ini dia serius dengan kata-katanya. Dia tak nak lihat suaminya sakit tanpa pengetahuan dia. Dan lagi, dia tak nak lihat Noah sakit lagi.

Cukuplah tempoh lima bulan dia melihat sendiri suaminya terlantar sakit tidak sedarkan diri. Tiada harapan, tiada penawar buat suaminya sembuh.

Noah baring.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now