Suasana kian hening. Para jejaka itu hanya diam tidak berani untuk bersuara. Melainkan hanya Evelyn, yang mempunyai keberanian yang luar biasa untuk menyapa Reina dan juga King.
“Gosh! You okay, Reina?,” soal Evelyn seraya menerpa ke arah Hannah. Pergelangan tangan Hannah disentuhnya, begitu juga dahi Hannah.
“Okay je. Kenapa dengan korang semua ni?,” dahi Hannah berkerut hairan. Ia pun nak melawat dia sekalipun, tapi kenapa sampai nak terjah masuk bilik? Macam keadaan dia tengah nazak sangat.
Dan tak boleh blahnya lagi, riak muka Hans dengan William masing-masing tayang muka tak bersalah terjah masuk bilik orang. Dengan pakej buat orang terkejut sekali. Muka steady je.
“Tak lah, I terkejut dapat berita yang you pengsan pagi tadi. Memang dari minggu lepas lagi I perasan condition you lemah semacam. Pucat. Makan pun tak ada selera. Tapi lepas you dapat jumpa King semalam terus baik je you. Ingat dah okay dah. Rupa-rupanya makin melarat..” ujar Evelyn. Hannah sekadar tayang senyuman nipis.
“So, macam mana? Doktor kata you food-poisoning. Betul ke?,” tanya Evelyn. Noah kekal dengan riak wajah dinginnya. Menunggu jawapan dari mulut isterinya sendiri.
“Haah. Ada lah tu saya salah makan tu yang jadi macam ni,” nafi Hannah. Tak semena-mena alis mata Noah terangkat. Penasaran akan jawapan isterinya yang baru sahaja dia dengar sebentar tadi.
“Serius lah? Tapi tak mungkin lah. Makanan yang I makan sama jugak macam you tapi takkan you je yang sakit? I ni okay je,” dahi Evelyn berkerut hairan.
“Tak tahu lah. Mungkin tak kena dengan saya kut,” nafi Hannah lagi. Sedaya-upaya dia mengawal riak mukanya sendiri. Mahu sahaja dia tergelak melihat respon dari Evelyn itu. Benar-benar menunjukkan riak tidak percaya dengan kenyataan yang dia berikan.
Leher yang terasa gatal digaru. Kekok dengan suasana yang kini. Bahkan, tidak tahu bagaimana lagi untuk membuka mulut.
Nak menyapa, rasa macam bukan masa yang tepat. Mungkin lebih baik untuk mereka beredar, memberikan Reina lebih masa untuk merehatkan diri.
“Err, reina. You rest lah dulu. Nanti kitorang lawat you lagi,” K bersuara. Dikala yang lain hanya mengikut rentaknya. Kalau tiada yang maju, mungkin Lee yang akan maju terlebih dahulu. Kalau tidak, memang membatu je lah mereka berempat disitu.
“You nak stay lagi ke, Lyn? Jomlah keluar dulu. Bagi Reina dengan King privasi,” ujar K. Evelyn tayang muka tidak puas hati.
“Kenapa pulak I kena pergi? I tak kacau Reina pun,” jawab Evelyn, enggan untuk beredar.
“I tak kata you kacau Reina pun. I ajak you keluar dulu. Bagi Reina rest. Lagipun Reina tengah makan tu. Bagi King dengan Reina privasi dulu. Boleh kan?,” tegas K. Evelyn memberi jelingan tajam.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...