Hannah merehatkan diri di salah satu bilik khas untuk para model sebelum pertunjukan fesyen bermula. Dia melihat kearah pantulan cermin. Teringat hari dimana Noah menghantarnya pulang ke rumah tempoh hari. Dia tahu itu semua idea Elisya untuk membuat hubungannya dengan Noah semakin erat. Walaupun dia tahu, dia tidak menolak. Dan hari itulah hari terakhir mereka berjumpa.
“Hannah? Dah ready ke? Dah nak mula dah ni,” Hannah sedar dari lamunannya. Kepalanya ditoleh kearah Kak Syaz dan mengangguk. Senyuman kecil tak lupa diberikan.
Noah membetulkan toxedo miliknya. Carl yang berada disebelahnya memerhati keadaan sekeliling. Carl memberikan gelengan tanda memberi isyarat. Noah mengangguk faham.
“¿Dónde están Ben y Jay?,” (dimana Ben dan Jay?) Noah menguatkan sedikit nadanya. Dek kerana bunyi musik yang terlalu kuat. Naik bingit telinganya.
“Ya les he dado instrucciones para que vigilen el lugar,” (saya sudah memberi arahan untuk mereka awasi tempat itu) terang Carl. Noah mengangguk faham.
Ben dan Jay merupakan anak buahnya yang pakar dalam semua hal berkenaan dengan mengodam dan cekap menggunakan pisau belati. Dapat saja mereka berdua pistol, sekelip mata tumbang.
Mereka berdua diajar oleh Noah. Hanya dua kelebihan saja yang mereka ada. Mengodam dan menggunakan pistol.
Beberapa anak buahnya kini sudah berada di Malaysia. Diberikan arahan untuk menjadi pemerhati untuk adik perempuannya, Elisya.
Noah melihat keadaan sekeliling. Langsung dia tidak menghiraukan para model yang sedang menggayakan pakaian. Seketika, matanya tertumpu pada lampu yang digunakan untuk lightning. Bergoyang-goyang, menunggu masa sahaja untuk lampu yang terkira beratnya itu menyembah lantai.
Satu arahan diberikan oleh Noah kepada Carl dan anak-anak buahnya yang lain. Memberi isyarat untuk mereka bersiap sedia dengan keadaan mereka sekarang.
Selang berapa minit para model menggayakan pakaian, akhirnya tiba giliran Hannah untuk menggayakan pakaian. Noah yang tadi sibuk memerhatikan keadaan sekeliling melihat keadaan pentas. Nak berhenti jantungnya apabila mata mereka saling bertembung. Lightning yang semakin bergoyang dilihat Noah bersilih ganti. Sudah hampir tiba masanya.
Zakkk!!
Lampu tiba-tiba terpadam. Dan lampu seberat yang tak terkira beratnya itu akhirnya jatuh. Dan nasib baik, Noah sempat berlari ke arah Hannah sebelum ianya jatuh menghempap Hannah.
Lampu kembali terang. Keadaan menjadi riuh rendah dengan bunyi beberapa das tembakan dilepaskan beberapa kali.
“Hannah! Open your eyes!,” Wajah kecil Hannah dipegang sedikit kasar secara tidak sengaja. Risau jika ada kecederaan lain pada Hannah. Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Sedikit kabur pada awalnya. Dan dia lihat, seorang lelaki yang telah menyelamatkan dia iaitu Noah!
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...