| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 22 |🥀 : Merajuk

3.6K 146 8
                                    

                    Kedengaran bunyi pancuran air dari kamar mandi menandakan suami nya sedang membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Kedengaran bunyi pancuran air dari kamar mandi menandakan suami nya sedang membersihkan diri. Langkahnya diatur perlahan ke penjuru katil untuk mengecas telefon.   

Dengan sabar, dia menunggu Noah selesai membersihkan diri. Hampir dua puluh minit juga dia menunggu. Sampai dia sendiri tertanya-tanya apa yang dilakukan suaminya itu. Mandi ke makan sabun?

Slakk!

Pintu kamar mandi dibuka dari dalam menyentakkan Hannah yang ralit dalam lamuannya. Matanya terarah ke pintu kamar mandi. Tak semena-mena dia bangun dari duduknya pabila melihat air yang menitik-nitik turun membasahi lantai. Sudah menjadi kebiasaan Noah setelah dia membersihkan diri.

Dia terus meluru ke arah suaminya. Sempat dia ambil satu tuala yang elok berada di ampaian.

                    “Bie... dah besar panjang pun tak reti nak lap dulu ke badan tu?,” Hannah sudah mula berceloteh menegur suaminya. Dalam pada masa yang sama, tangannya bergerak-gerak mengelap tubuh suaminya yang masih basah.

Noah hanya diam, tidak mengendahkan butir kata isterinya. Wajahnya dikawal dingin, masih lagi merajuk dengan isterinya.

                    “Tunduk,” arah Hannah, menyuruh agar suaminya menunduk sedikit suapaya dapat menyamakan ketinggian mereka. Noah masih begitu. Dia mengeras tidak menurut.

                    “Tunduklah sikit. Sayang nak kering kan rambut Bie tu,” nada intonasi nya diturunkan.

                    “Bie boleh buat sendiri,” ujarnya mendatar kemudian tuala yang dipegang oleh Hannah bertukar tangan. Diraih olehnya. Langkah dibawa ke bilik satu lagi bilik. Dimana, bilik yang dikhaskan untuk pakaian. Terkulat-kulat Hannah disitu, terpana dengan sikap suaminya yang tiba-tiba dingin dengannya.

Dah kenapa? Tiba-tiba emosi? Datang bulan ke suaminya ni?

Dia duduk semula diatas katil. Jari jemarinya dikuis sesama sendiri, menunggu Noah siap memakai pakaian.

Almari pakaian ditolak ke kanan. Baju t-shirt kosong berwarna hitam disambarnya tanpa ragu-ragu. Baju disarungkan ke tubuh dan tidak lupa juga seluar. Seketika, dia melihat dirinya dari pantulan cermin. Rambutnya yang masih basah dibiarkan sebegitu. Bukan seperti tipikal jejaka Melayu yang suka berdandan rambut.

Tuala yang dipakainya tadi disidai ke ampaian yang berada didalam bilik itu. Setelah siap menilik setiap inci wajah dan juga pakaian yang dipakai olehnya, dia mengorak langkah ke arah pintu. Berura-ura mahu keluar.

Gerak-geri suaminya yang baru sahaja keluar dari bilik pakaian dilihat nya penuh minat. Noah bergerak ke satu meja kerja tanpa menghiraukan langsung kehadiran isterinya yang masih berada didalam bilik tidur itu. Dia melabuhkan punggung duduk dan laptop miliknya dibuka. Wajahnya dikawal dingin. Sengaja mahu menunjukan bahawa dirinya masih marah akan Hannah.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now